Sunday, January 12, 2014

Sling?

First time Hessa travel jauh seminggu selepas dia keluar dari hospital dan selesai masalah demam kuning. Masa tu kitaorg bawa Hessa balik kampung untuk ibu berpantang di kampung. Kami dah beli car-seat awal-awal lagi, sebab nak bawa Hessa balik kampung berpantang. Tapi, masa nak balik kampung tu, mak aku ada sekali dan dia tak nak bagi kitaorg letak Hessa dalam car-seat. Kesian kata dia, dan dia nak pangku dan riba Hessa sepanjang perjalanan KL ke Ipoh. Ok, no hal.

Setelah 3 minggu di kampung, aku bawa Hessa ke KL dah. Belum lagi genap 44 hari tempoh berpantang :-) Bagi tahu mak ayah sebab kena jumpa doktor hari ke 44. Memang pun, tapi kitaorang set date lagi awal sebab nak pergi baby fair di KLCC. Nak cari stroller untuk Hessa. Tapi untuk berjalan di baby fair ni, kitaorg tak de cara nak bawa baby. Kitaorg ada baby carrier, tapi masa tu kitaorang tak beli pun infant set, dan aku rasa baby carrier buat baby tu terkangkang. Hessa masa tu kecil sangat, dan aku rasa sling lagi best untuk bawa dia.

So kat rumah aku pun try baby sling tu. Kitaorang beli babasling sebab guna sling ni baby boleh baring instead of terkangkang. Harap-harap Hessa selesa dalam sling ni. So what's the verdict?

Me and Hessa in Babasling
.........................
Verdict (pada pendapat dan pengalaman aku):

Kitaorang bernasib baik, Hessa sedang tidur masa kami tiba di KLCC. Jadi senang lah nak memasukkan dia ke babasling. Awalnya memang senang berjalan-jalan guna sling ni. Tapi aku masih tak berapa yakin dengan kekuatan sling ni, dan aku agak risau. Jadi aku masih separa dukung Hessa walaupun dia berada dalam sling ni. Jadi postur badan aku agak tak betul dan lepas jalan-jalan ni, sakit belakang aku.

Hesaa pulak agak ok pada awalnya. Tapi dia memang tak tenang dalam babasling ni. Bila dia terjaga, dia terus nak keluar dari sling. Dia tak boleh mengeliat dan mungkin terasa terkongkong. So masa tengah jalan-jalan tu ada masanya aku terpaksa dukung dia dan bukannya dia duduk dalam sling.

.........................

Tapi ni saja lah sekali kitaorang cuba babasling ni, tak pernah pakai dah sejak cubaan pertama. Sekarang kitaorang ada baby carrier - egobabyr dan stroller yang dibeli di KLCC baby fair tu. Aku akan tulis review aku pasal baby ergo dan stroller tu dalam entry yang lain.

No comments:

Post a Comment