Thursday, January 9, 2014

Bila boleh mula bawa baby berjalan-jalan?

Sebagai seorang yang suka jalan-jalan dan merantau bila dapat anak antara perkara pertama yang aku fikirkan adalah sejauh mana aku boleh berjalan-jalan seperti dahulu. Sudah lah tak dapat nak pergi jalan-jalan jauh - naik kapal terbang - sepanjang tempoh isteri mengandung 9 bulan, bila dapat anak ni, lagi lah terfikir, bila pula akan dapat jalan-jalan lagi. So aku tanya lah 'doktor' Google dan jumpa banyak maklumat dari babycenter.com. (credit to babycenter.com). Aku ada jugak tanya persoalan di bawah ni kepada doktor Hessa.

Sejak bila baby sudah boleh dibawa berjalan

Baby sudah boleh dibawa berjalan sejak dari lahir. Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan bayi berusia lebih 2 hari untuk menaiki kapal terbang. Tapi aku tak rasa logik untuk kita bawa baby yang kecil tu, tak sanggup aku. Andaikata memang dah takde pilihan, terpaksa je lah bawa baby naik kapal terbang. Sebab baby yang baru lahir ni perlu lebih banyak perhatian dan penjagaan rapi, jika kita masih tak sempat dan ada masa antara menyusukan baby dan tukar lampin, tunggu je lah beberapa minggu.

Tapi setelah 3 bulan, baby dah boleh dah jalan jauh. Dia tak terlampau kecil (dalam segi saiz dan berat) dan mungkin dah tak kisah samada tidur di rumah atau hotel. Orang kita pun selalunya berpantang, so secara logik nya selepas pantang boleh lah bawa berjalan.

Aku ada tanya doktor, dia pun cakap boleh saja. Dan setiap baby mempunyai tahap toleransi tersendiri, jadi kita lah yang tentukan. Tapi doktor tu cakap juga, dia cuma rasa boleh bawa anak dia terbang setelah 6 bulan dan kalau boleh lebih dari setahun. Dia agak risau baby tu cepat berjangkit dengan penyakit. Bila di negara orang dan baby yang masih memerlukan imunisasi dan kurang daya tahan penyakit mungkin senang dijangkiti penyakit. Dia juga nasihatkan agar ambil imunasasi yang sesuai seperti influenza, jika perlu.

Aku pula berpendapat, lebih senang nak bawa baby berjalan sebelum dia sendiri boleh berjalan atau merangkak. Kalau baby tu dah pandai berjalan dan ada rutin dia sendiri, mungkin jalan-jalan ni akan lebih mencabar. Baby ni cepat bosan. Dia tak suka dengan persekitaran yang berubah-ubah dan menganggu rutin mereka. Dia tak suka berdukung dan dipegang.

Dengan pendapat ni lah, aku dah mula berangan nak bawa Hessa berjalan lepas dia dah 3 bulan ni, kalau boleh nak bawa pergi luar negara - naik kapal terbang.

No comments:

Post a Comment