Wednesday, January 22, 2014

Genting Highlands : Weekend getaway (Jan 2014)

Seperti dalam entry sebelum ni, aku plan nak bawa Hessa gi ke Genting Highlands. Kali terakhir aku pergi Genting tahun 2006. So dah 8 tahun aku tak pergi Genting ni. Ibu Hessa banyak kali dah ajak aku, tapi aku je malas nak drive ke Genting.

Memandangkan trip ni rest and relax je, takde nak kejar apa-apa. Kitaorg bertolak ke Genting pun selepas makan tengah hari dan visit kawan aku yg baru je dpt anak. Lagipun, check in time untuk Hotel Awana ni pukul 3pm. So kitaorg pun plan untuk sampai di hotel lebih kurang jam 3 petang.

Check in hotel ni agak cepat je. Takde masalah dan tak ramai. Bilik hotel ni pada aku besar... kalau setakat bawak anak bawah 10 tahun 2 - 3 org, muat je nak tidur satu bilik. Cumanya takde breakfast. Tapi hotel ni dah wujud lama dah, 20 tahun sudah aku pernah stay kat apartment sini. So ada benda yg nampak sangat lama dan deserved refurbishment. Toilet bilik tak lah elok sgt, tp ada lah bathtub. Sink dia tersumbat, tp sebab aku dok sehari semalam... malas nak complain.



Dan aku dapat tahu yang pool hotel ni heated... meaning walaupun dalam cuaca sejuk, air dia agak panas... so memang sangat sesuai lah bawak anak-anak... tapi anak aku masih kecik sangat nak try pool ni... so tgk je lah.


Lepas check in, solat asar dan rehat-rehat... kami pun terus ke puncak genting highlands tu utk jalan-jalan. takde plan pun nak main apa-apa ride. Cuma nak g minum kopi... tgk-tgk perubahan genting dan dinner... Hessa happy je tengok lampu... and kitaorg g dinner kat Coffee Terrace (RM84 per person for buffet dinner). Dinner tu biasa saja le.. for the same price some hotels kat KL maybe boleh bagi better food.

The next day, check out pukul 12pm. Setelah breakfast (spread kat hotel ni so-so je). kitaorg jalan-jalan sekitar hotel. menghirup udara segar. Memang tu lah sbb nya aku pilih hotel awana ni, sbb dia ada garden boleh jalan-jalan. Kalau ambik hotel kat puncak, takde jalan-jalan outdoor sangat. Bila jalan-jalan... ada lah sign tunjuk ada other kids activities... sapa dok sini lama-lama sempat lah join kot.


Oh for those yg might not know kat mana Awana hotel ni. Awana ni dekat sangat dengan station cable car ke genting highlands resort tu. Kiranya halfway utk ke puncak. Sesapa yg nak stay sini dan tak nak drive ke puncak. boleh naik shuttle utk ke cable car or shuttle terus ke puncak. Tp aku ada baca review, shuttle ni slow sgt.. kena tunggu lama. n kalau penuh, kena lah tunggu sejam lagi.

Final say... memang boleh datang lagi and stay kat awana ni for weekend getaway. worth the stay. *note - Genting Highlands outdoor theme park is currently closed for renovation. 2016 nanti baru dijangka dibuka semula.

(trip : 18 Januari 14 - 19 January 14)

No comments:

Post a Comment