Thursday, May 25, 2017

Italy Roadtrip : Day 2 Rainy Bellagio

Malam tadi aku dah decide, seawal pagi aku nak ke airport nak tukar kereta. Sebelum apa-apa or any travel today, kami nak settlekan pasal kereta dulu. Aku dah tak de mood sikit. So aku ajak abah untuk ke airport. Dah call berkali-kali, takde sapa angkat. So aku tekad nak tuntut apa yang aku dah order. Aku tak kan balik selagi tak dapat kereta lain. Kereta sekarang ni besar dan susah nak bawak. Dari rumah ke airport dalam sejam, nasib baik lah kami tak plan apa sangat hari ni. Memang settlekan jet lag dan visit como. Esok baru nak jalan jauh. Dah lah stroller tak dapat, nasib baik lah our host Marco cakap, yang tu dia handle kan. Lagipun lagi senang dia arrange kan benda ni sebab the driver surely cakap Italian dan Marco lagi tahu macam mana nak bagi direction hantar ke rumah or anywhere else. 

So tips kalau roadtrip : First day kalau boleh stay near to the airport. In case benda macam ni berlaku.

Sesampai ke airport lebih kurang pukul 8 lebih. aku terus ke tempat hantar kereta, and office dia pun baru buka. Aku jumpa org yang release kereta tu semalam. Aku tak pandai nak park, sebab parking semua sempit. So aku letak tepi je, mamat tu kata ok, sebab aku nak kena settlekan kat office. Aku masuk je, cakap nak tukar kereta. tak sempat nak aku justify, minah kaunter tu kata, ye ada kereta. Ok. Nah ambik kereta ye. Kita print all the documents and re-assign kereta. oooh... camtu je? takde nak gaduh.... hahaha... terus dapat kereta. So aku patah balik kat mamat tadi, so dia pun gi park kereta. And dush... dia siap langgar tiang, masa dia masuk parking... woo hooo.. nasib bukan aku... fuh... dia kata, don't worry. Memang record dia yang langgar. Dan dia pun release kereta ford... Alhamdulillah. Aku pun drive balik dengan riang. hahaha... mood up balik.

So sampai kat rumah dah pukul 10 lebih. Hari sangat gloomy. Masih lagi excited pasal pengalaman tukar kereta. So bebudak pun relax je. So kitaorg lunch dulu. and plan on whether should we go to Bellagio ke tak. Sebab tak sure dari mana bot pergi sana. Dan cuaca yang mendung... but, since dah sampai, lets go je lah mana sempat. First stop, Como main town. 

Como town, is a fortified town. Ada tembok keliling. Boleh drive tapi for those ada ZTL permit je. Keseluruhan dalam tembok, ZTL. So aku cari parking luar kawasan tembok. Ni parking yang paling senang aku jumpa. Tapi punya lah sempit parking lot. Dan rendah. Bangunan gelap. Nasib baik dapat tukar kereta. Kereta kami tu pun dah kira panjang ya amat dah.


Cuaca mendung. Hujan renyai-renyai. Tak ambil gambar pun. Sebab tak lama kami kat situ. Hujan buat kami tak selesa. So lets drive around, tengok tempat-tempat lain. Especially mana tau if boleh ke Bellagio. Aku ada baca semalam, nak naik bot ke Bellagio boleh ambil dari port di Como. Naik bot dekat 2 jam lebih. Mahal dan cuaca tak elok. Tapi boleh juga, ambil short trip dari Menaggio untuk ke Bellagio. Kalau drive, jauh dan jalan tak berapa elok untuk sampai ke center of the town. Dan lagi cantik kalau approach dari arah air/tasik.

Jalan dari Como ke Menaggio berliku-liku dan sempit. Ada sampai kena berhenti dan tinggal satu hala saja jalan. Kena lalu antara dua rumah. Jalan sempit. Berulang-ulang kali kami cakap, kalau lah tak dapat tukar kereta, tak lepas kami gi tempat ni.Tapi bila dah sampai Mennagio hujan renyai masih turun. Still tak sure nak gi ke tak. Plus, kami tak pasti kat mana port. Until terjumpa signboard. So, discuss-discuss sekejap, abah kata dah alang-alang, gi je lah.

Ni gambar-gambar dari google map keadaan tempat letak kereta tempat ni. Plus tiket counter. Harga tiket Euro 4.60 utk sehala. Boleh juga bawak kereta, tapi kami tak bawak kereta ke sana. Plus, plan gi kejap je... tengok-tengok.


Bila sampai ferry, kami kena laluan kereta untuk masuk ke ferry. Kecik je ferry ni. Ada ruang duduk kat atas. Cantik dan luas kawasan. Tak ramai pun orang yang sama-sama kami. Ye lah cuaca tak elok. But best. memang cantik nampak these small town dari arah air. Kalau di darat tak secantik dari arah dari tasik ni.


Ferry ni singgah sekejap di pekat Varenna, ada orang turun. Kami terus ke Bellagio. Sebab dah petang pun. Tak banyak ferry selepas tu. Kami plan untuk ambil ferry second last untuk kembali ke Menaggio. Memang best Belaggio ni, tapi terasa sangat touristic lah... Tapi dah kami tourist... settle lah. Tapi hujan renyai-renyai ni merencat kan sikit lah. Nak beli payung mahal sangat. Kami redah je. Bebudak semua ada pakai head cover. 


Sempat juga mengopi - minum hot chocolate pekat... bebudak behave je. Dapat lah lepas kejap bila ada small park tepi tasik.


Nasib we've made the decision untuk singgah Belaggio ni. Worth a quick trip. Sesuai untuk honeymooners. Tapi mahal semua nya. On the way back, kami cari-cari jugak kalau sempat singgah mana-mana supermarket. Nasib ada yang buka. Boleh beli jajan untuk makan dalam kereta. Esok nak jalan jauh.

No comments:

Post a Comment