Monday, May 22, 2017

Italy Roadtrip : Day 1 KL - Milan - Como

Alhamdulillah kami dah selamat sampai... time for trip report jalan-jalan ke Italy... :-)

Ada a bit of drama sehari sebelum kami berlepas ke Itali. Airbnb yang kami book di Milan untuk hari terakhir, cancel our booking dan kami kena cari rumah lain. Nasib baik Airbnb bagi 10% top up atas harga booking hari tu, so kami kena cari rumah last minute. Tak banyak rumah yang available dan yang ada pun agak mahal. Alhamdulillah, kami jumpa jugak rumah yang sesuai, tapi harga mahal sikit, but location ok. Cuma xde public transport dekat dengan rumah. Ok lah...

Flight tengah malam, so nak arrange transport ke airport senang. Dan kitaorg mengharapkan sangat the kids will be tired and sleep the whole 7 hours to Doha. And true enough, they slept from the moment the plane taxied on the tarmac. Alhamdulillah, we had a pleasant journey.

Sesampai di Hamad Airport Doha, keadaan agak kelam kabut sebab nak transit dan tukar flight. Kami ada dua jam, so sepatutnya tak lah perlu tergopoh gapah. Tempat transit tu beratur panjang, kami decide untuk check in both stroller, so no stroller kat airport lepas turun flight. Tapi sebelum beratur, aku cuba cari if ada pegawai yang akan simpati bila kami bawa dua budak kecil, Alhamdulillah rayuan kami diterima. So lepas lah kami masuk preferred lane, cepat lah sikit lepas transit counter. This was our first time sampai kat Doha airport. Giler besar. And they do have stroller untuk kegunaan di airport. So senang lah sikit nak jalan around, boleh ambil je stroller yang disediakan. Kitaorg nak cari kalau-kalau ada kunafeh fresh, takde jual kat airport pulak. Then this must take picture bawah the teddy bear.


Fly out to Milan on time. Flight ni agak meresahkan sebab siang. Tapi both kids doing ok sebab Hessa happy dapat tengok movie while Muhammad sambung tido. plus kitaorg dapat seat yang ok, banyak space. The view outside cantik, especially bila dah sampai area gunung ganang. Nampak tengok snowy mountains.

Bila sampai Malpensa Airport, Milan, kitaorg hilang satu baggage, one of the stroller. Masa hilang tu diaorg dah call name, tapi kitaorg tak sedar yang masa check in tu, semua baggage under satu nama - nama mak mertua. So bila dia panggil surname, memang tak de lah nak perasan plus accent italian english tu. So kena lah gi register barang hilang/tak sampai. Diaorg kata akan sampai the next day, hantar terus ke accomodation. Nasib baik the next day kami masih di Como. Kalau jauh sangat, susah pula diaorg nak hantar. Dan luckily semua baggage letak nama mak, sebab dia ada travel insurance, so boleh lah claim insurance. So sebab kan ini, kami agak lewat settle kan hal dari airport. But semua ok je kat imigresen, takde apa cek walaupun bawak segala makanan.

Another issue bila sampai tempat ambil kereta sewa. Dah lah tunggu lebih dari sejam. Lama baru dapat kereta. Orang sangat ramai dan proses dia sangat lembab. By the time dapat kereta, kami tak dapat kereta yang ditempah - Ford Galaxy. Konon nya dia upgrade, kami dapat kereta besar gedabak, 1 size larger than our requirement. In terms of keluasan dalaman, memang best. Tak perlu fikir mana nak susun barang. Sangat luas. Tapi in terms of pemanduan agak kacau. Kereta manual yang besar... yes Manual. Tapi sebab dah penat, kami ambil je lah kereta tu. Kami cek jugak if boleh tukar kereta esok, tapi dia tak janji on availability.

So load semua barang. Dan disebabkan aku lebih tahu direction, aku minta abah drive kereta. Lagipun dah register abah as second driver. Abah tak pernah drive sebelah kiri, tapi dia rasa ok. Tapi memang kekok, jadi kitaorg decide untuk park tepi tukar driver. Perkara kelakar berlaku, masa nak reverse, kami tak tau macam mana nak reverse. Tak jumpa pulak macam mana nak reverse. Try lah call rumah berdekatan minta tolong call Hertz, nak tukar kereta. Tak dapat - or perhaps miscommunication. Dia pun cuba, dia pun tak tahu. Dia juga cuba call Hertz, Hertz suruh drive balik ke Airport. Ceh... tak membantu. Nasib baik anak orang tu balik rumah, dia tolong, rupanya ada cara nya nak masuk gear reverse, tapi terselindung dibawah cover gear tu.

So from there on, aku drive. Memang hati aku dah resah. Dah tak seronok, sbb kereta ni susah nak maneuver sebab besar sangat. Dah lah Como tu berbukit dan jalan kecik berliku-liku. Ada sekali tu, kereta mati masa tengah nak masuk simpang tiga yang mendaki bukit... . tempat tu kat dalam gambar dari google map ni. Kitaorg kereta hijau tu nak masuk kanan, dah macam sharp uturn, pastu nak naik bukit dan jalan kecik, kereta manual. Masuk aku belok tu, aku makan jalan dan enjin mati sebab tak cukup power naik bukit. Dah lah kena start enjin semula, jaga bukit lagi for manual driving. dan ada pulak kereta dari arah bertentangan tengah tunggu. Panik!!! pergh... hati aku dah tak suka trip ni. Something needed to be done. 

We all sampai rumah dah pukul 4-5 macam tu, badan penat. Tapi rumah cantik. Bersih dan banyak benda dah provide including a bowl of fruits dan pelbagai jenis biskut. Host sangat welcoming, siap ajar buat kopi italy, banyak pulak kopi dia dah sediakan. Plus ada jugak toys for kids. Kitaorg agak excited, tapi weather agak mendung hari tu. So for the rest of the day, kitaorg rehat je. Ye lah... jet lag. Bebudak ni tak tahan dah... tido terus. Aku pulak sibuk call Hertz, tapi tak dapat-dapat.

 

No comments:

Post a Comment