Monday, May 29, 2017

Swiss Roadtrip : Day 3 Crossing to Switzerland

Hari ni kami meninggal kan Marco dan Como. Sempat bergambar dengan tuan rumah yang baik. Our first experience dengan Airbnb ni best betul. Terasa macam sedara jauh. Mamat ni hospitality dia memang the best. Tu Lake Como yang boleh nampak dari balkoni/garden sebelah rumah. Kereta parking kat bawah tu, color hitam tu kereta kami.
By the way, stroller kami tak dapat jugak, so boleh lah claim insurance. Kata abah boleh dapat RM1500 insurance claim... hooray, dapat beli stroller baru.


Perjalanan hari ni tak jauh mana. Dalam 2.5 jam sahaja. Plannya nak singgah kat Lugano. Aku pernah naik train dari Milan to Zurich masa back pack dulu. Aku rasa view masa lalu area lugano ni sangat cantik, tapi most of the time aku tertidor waktu tu. So nak ulang balik semula ni. Seminggu dua sebelum bertolak aku ada baca pasal beberapa pass yang boleh tempuh. Kebetulan yang cantik, ada satu pass ni, St Gotthard pass memang ikut jalan yang sama. So aku plan nak lalu pass ni, tapi mostly dalam internet tak confirm buka ke tak. So kena tengok je lah. Otherwise, akan lalu GotthardPass tunnel. Terowong sepanjang 17km!!!


Untuk masuk ke Switzerland, semua kereta kena ada vignette. Selepas kami keluar dari rumah, kami terus je menghala ke switzerland. Dalam tengok direction, tak sampai 10 minit kami dah sampai ke border. Drive je lah. tetiba eh... dah masuk switzerland. Takde apa cek. Cuma ada lah nampak polis berdiri-diri. Dengan Muhammad tengah menyusu takdok dalam car seat. Hahaha.. mudah nya cross border. Lepas cross border aku cari petrol station nak beli vignette. so kami berhenti kat coop ni (gambar google map je). Vignette ni harga dia 40SF atau lebih kurang Eur 35-40 lebih kurang, kena letak kat kereta. Macam roadtax la kiranya ni. Kalau dapat kereta sewa yang dah ada vignette swiss, tak perlu beli dah.


So first stop kami. Pekan Lugano. Aim nak park dekat tasik, ada kebab halal. Tu kiranya lunch kami. Tak buka plak kedai kebab ni. So ambil gambar je lah... tepi tasik Lugano. Makan apa je makanan dalam kereta dan yang beli kat coop kat border tadi.

Sejuk jugak cuaca. Hessa maintain dgn jacket bear dia je. Takde mood sangat, asyik nak bergambar je kata dia. hahaha... kejap je kami di Lugano. Pusing-pusing bandar, tengok-tengok kalau ada kedai halal.

Dalam kereta, kami letak Muhammad di seat belakang - the third row. Hessa pula kat tengah antara mak dengan my wife. So dia seronok je sebab nampak depan dgn jelas. Mula-mula mak nak duduk belakang, tapi ruang kaki tak cukup besar. Walaupun Muhammad duduk belakang sorang, bila dia tak tidur dan menyusu, selalu dia baring atas riba je. So far, ok je. Lepas je border.


Selepas pekan Lugano, aku cari-cari simpang ke Gotthard Pass di Airolo. Dalam sejam setengah nak ke sana. Alamak, tutup pula gotthard pass ni. Bulan 6 baru buka... ruginya... Aku agak geram, berulang-ulang kali aku pusing, mengharapkan ada area yang terbuka. Takde jugak. Ada pass yang lebih kecil dan tak terkenal pun tak dibuka. 

Bila jalan depan sikit selepas tunnel 17 km tu - memang panjang gile tunnel ni, sapa claustrophobic payah jugak - ada simpang ke Sustenpass - Wassen, yang ni buka. Tapi bukannya pass yang hebat. Tapi tu pun kami rasa dah cantik ya amat... 

Dari Wassen ni ke Ladang Huob (rumah airbnb kami) dalam sejam gitu. Kami masuk celah kampung mana ntah, ikut jalan ladang-ladang. Kami tiba dekat ladang lembu... memang bau lembu bila buka pintu kereta. 

No comments:

Post a Comment