Monday, August 7, 2017

10 tips Roadtrip dengan anak-anak di Italy-Switzerland

10 tips ni sekadar share pengalaman kami yang specifically masa travel hari tu. Tips-tips hanya berdasarkan pengalaman sedikit kami drive around hari tu. For sure, for those yang dah biasa travel area situ, ada banyak lagi tips yang lebih relevant dan specific.

Transportation

1. Kalau plan drive di Itali, kalau boleh sewa lah kereta paling kecil yang sesuai. Sebab jalan-jalan di Itali macam area Como tu sangat kecik. Parking pun kecik je, ngam-ngam je. Dan masa kami park di parking lot pun tempat parking pun sangat ngam-ngam je dengan kereta kami yang 8 seaters ni. Kalau lah kami sewa lagi besar, memang susah lah.

2. Untuk driving di Itali, kena banyak baca pasal ZTL especially make sure hotel/airbnb yang dibook tu bukan dalam kawasan ZTL. aku ada tulis pasal ZTL ni before. Please read here. Also please read about Vignette kalau sewa kereta di Italy dan drive all the way to Switzerland.

3. Untuk penjimatan belanja, sila sewa kereta dari airport dan pulangkan kat airport. Jika plannya macam tu, boleh je bawak car seat dari Malaysia directly sebab dapat je kereta, boleh guna car seat sendiri. Jimat sikit duit. Lepas tu, sepanjang perjalanan agak relax pasal car seat. On our case, kami letak car seat baby sorang kat belakang. Setiap kali menyusu, kami sorok bawah tudung je. Dan tido pun mostly atas riba. Alhamdulillah, tak lah kena tahan :-)

Itinerary

4. If you plan to drive the mountain passes. Please check the timing for the pass opening hours/date. We missed it. We might need to comeback for that.

5. Jarak antara Milan airport ke Milan Central dan ke Lake Como lebih kurang sama. Untuk stay selepas tiba dari Malaysia, lake Como might give a better experience. Milan bandar je, boring. And please be flexible untuk hari awal-awal tiba di destinasi dan kalau boleh jangan jauh dari airport. So kalau ada issue pasal flight, kereta or luggage, you are not far out lagi. Macam kes kami, boleh baca sini.

6. Rome deserved more than a daytrip. I think 2 or 3 hari pun ok. But with the kids, you may not cover much of the place. Tempat lawatan dia tak de tempat berteduh dan mostly kena jalan kaki. But stroller kami bawak suitable dengan most of the places we went although we were walking on cobble street. Similarly, Venice jugak tak cukup sehari. Ada banyak tempat boleh explore di Venice. Cumanya, jalan kaki di Venice lebih redup, tapi bukan stroller friendly. If you have to think between Venice or Rome, i think Venice is more suitable for the kids.

7. Kalau tak cukup hari, Zurich can be given a go. It's another city. Begitu juga Bern, it is a very nice city but kalau tak banyak masa boleh skip je. Bellagio pun cantik je, kalau nak tengok, daytrip dah cukup. But tak perlu bermalam. Lauterbrunnen would be a nicer place to stay compare to Interlaken. Similarly Lucerne. So... nak pilih bandar-bandar ni kena bergantung kepada time dan interest. Tapi dah sampai, rasa macam nak cover semua. Tapi jarak antara satu sama lain jauh. So banyak jugak spend time kat dalam kereta je. Nasib baik border crossing tak mengambil masa langsung.So untuk bawa anak-anak ni, lebih banyak spend di suatu pekan/bandar berbanding cubaan untuk cover too many places.

Budget

8. Shopping lah sebanyak-banyak nya di Italy lebih dari Switzerland. Between the 2 countries, sangat terasa murah nya. Di Italy, one simple lunch - pasta/pizza cost dalam Euro 10 boleh makan 2 orang. Kalau di Swiss, dapat makan sandwich hotdog je. Parking pun melampau mahal di Swiss. Dan outlet mall ada di Italy je. Beli groceries di Italy untuk makan di Swiss... kalau boleh lah... So keep your shopping spree lebih di Italy compared to Swiss

9. Lebih mudah cari kedai halal di Italy berbanding Switzerland. Dah lah halal, kebanyakan kedai ni ada jual pasta dan pizza. Senang cari pizza halal. Dan kalau tak jumpa pun, pilih je pizza margherita or cheese. Boleh je.

10. Dengan anak-anak ni, lebih flexible lebih baik. Kalau boleh, jangan keluar terlalu awal setiap pagi. Dan kalau plan untuk banyak berjalan especially di bandar seperti Rome dan Venice, try cari hotel/airbnb yang central. So bila tengah hari boleh balik rumah untuk Siesta dan sambung jalan lepas asar. The kids enjoy it more. Plus, kalau kat central ni, at anytime, we can go separate ways, i.e. ayah dok kat rumah jaga anak dan mak gi shopping and take turn. Even suami isteri pun ada interest berbeza, but sesungguhnya anak-anak lagi seronok di hotel/rumah je, tengok tv.

Enjoy... roadtripping is about the journey, not the destination.

No comments:

Post a Comment