Wednesday, October 29, 2014

Seoul : Day 1 & Hotel Review

This is not my first time in Korea. I came once back in 2012. Tapi masa tu cuma untuk 2-3 hari je. Masa first time datang tu sempat lah jugak jalan ke Itaewon, tapi masa tu datang sekejap waktu malam dan makan di Hotel Hamilton - indian restaurant, apa nama tak ingat. So sebab dah pernah pergi walaupun sekejap, trip kali ni terus je ke sana cari makanan halal.

Gangnam area/COEX tempat kami bermalam ke Seoul city center agak jauh, kena seberang sungai Han. Kalau naik train pun dalam 45 minit dan kena tukar train. Tapi sebab ada bawa baby, masuk je train diaorg akan bangun dan bagi seat. Walaupun sebenarnya lagi mudah berdiri bila babywearing berbanding duduk, tapi dah semua insist suruh duduk, duduk jugak lah.

Sesampai kami di Itaewon keadaan agak ramai orang. Di tengah-tengah jalan ada food festival... kami mencari-cari kedai makanan halal di kawasan tu, memang ada tapi menu dia lebih kepada makanan Malaysia, so kami tak berminat nak cuba - lagi pun mahal. Dalam masa yang sama, dalam banyak-banyak food fair booth tu ada satu booth jual seafood goreng-goreng... tempted nak beli dan macam ok je ke halalan dia... so kitaorg beli dan cuba, sedap ya amat (sorry takde gambar) :-)

Next, seingat nya ada masjid dan orang cakap nak cari restaurant halal gi ke arah masjid. Sedang kami cari-cari jalan ke Masjid kami terjumpa sekumpulan orang Malaysia yang tunjuk arah. Akhirnya kami jumpa restaurant halal yang jual makanan korea (tapi waiter dia dari bangladesh dan feel kedai macam kedai india). Tak kisah lah... janji kenyang. Nak ke Masjid kena daki bukit sikit. Sebab lapar sangat, tak sempat ambil gambar. Price dia agak reasonable.

After makan, singgah dekat kedai serbaneka untuk beli air dan terus balik ke hotel. 

Oakwood Hotel, COEX ni service apartment. Disebabkan ada company bayar bawa anak dan boleh masak, kami pilih hotel ni. Memang sangat selesa hotel ni. Bilik dia besar. Kelengkapan cukup. Rice cooker pun ada. Washing machine pun ada dan lengkap dengan sabun untuk guna washing machine. Cleaner pun (menurut kata ibu Hessa) sangat teratur kerja nya.... Jadi, memang Hessa dan ibu enjoy sangat melepak kat bilik ni.

No comments:

Post a Comment