Untuk cover trip 'solo' aku ke Russia, kami buat lah an impromptu road trip ke Selatan Siam. Kami dah masukkan wilayah selatan Siam ni sebagai salah satu negeri di Malaysia. Ye lah, nak jalan ke Kelantan dan Terengganu tu ambil masa yang hampir sama macam ke Hatyai ni.
Dua tahun sudah kami pernah ke Hatyai, tapi masa tu kami tak sempat pun nak explore Hatyai betul-betul. Tido transit 1 malam je. So now kami nak masuk balik Siam nak explore lebih sikit. Cari tempat makan.
Untuk mengelakkan bersesak ramai-ramai di border, kami memilih untuk cross border di Wang Kelian dan bukannya Bukit Kayu Hitam. Tambahan perjalanan dalam 40 minit di dalam Malaysia. Untuk masuk melalui Wang Kelian, proses nak beli insurans kena buat di Padang Besar. Kami bertolak awal dari Ipoh, sampai situ dalam pukul 8am. Awal. Kedai dah buka dah. Lepas tu kami breakfast dekat pasar di Padang Besar sebelah Petronas.
Dari Padang Besar kami tuju ke Wang Kelian. Singgah kejap di Masjid di Kg Baharu i.e. Dekat simpang nak masuk ke Wang Kelian. Elok sungguh masjid ni. Bersih. Sesuai untuk mandi dan refresh. Anak-anak masuk kereta awal pagi tadi belum mandi pun. Seronok aku dengan keadaan masjid ni.
Selepas refresh kami terus ke border. Nak ke Wang Kelian ni jalan agak berliku dan panjat bukit. Kat sini lah kejadian seludup manusia dulu tu. Pekan Wang Kelian bahagian Malaysia dah mati. Semua kedai dah tak wujud.
Cross border seperti dijangka tak ramai orang. Ada la 4-5 orang Siam selain kami sekeluarga. Cepat je proses. Kami pun pernah lalui.
Lepas border baru lah suasana lebih meriah. Pasar sebelah Siam besar dan panjang. Ibu je lah turun sementara aku dok dengan anak-anak dalam kereta. Rasa macam nak start membeli, tapi kami sebenarnya datang dengan bajet untuk makan je. So beli lah sikit baju budak.
Target utama aku masuk melalui Wang Kelian ni, selain tak nak sesak, adalah untuk makan lunch tepi laut di Satun. Kawan aku budak Perlis ada advise untuk makan di Restoran Pak Tam di Tg Pauh. Boleh waze je arah ke restoran ni. Bila dah dekat, banyak signboard ke restoran dia. Takkan terlepas punya. Anyway, ada beberapa seafood restaurant area tu. Katanya semua halal. Boleh cuba.
Nak jadi cerita, handphone aku batteri dalam keadaan nazak dan susah nak caj. Dan aku kena save power untuk waze dan tu pun dah nyawa-nyawa ikan. So berjimat cermat sampai tak de gambar lauk pauk di Pak Tam. Anyway, pada kami sedap makanan dia especially masakan special dia udang lipan. Ada pekerja dia yang boleh berbahasa melayu. Tapi yang lebih best, lokasi Pak Tam ni kat tepi laut. Jadinya bebudak seronok la main pasir.
Lepas dah kenyang, kami bergerak terus ke Hat Yai. Perjalanan jauh jugak. Dalam sejam setengah. Aku punya phone masa tu tak berapa nak ada bateri. So terpaksa la aku hafal waze punya instruction sambil tambah2 km kat speedometer untuk keluar dari kawasan tanjung pauh sampai ke main highway. What i can say, driving di sini agak mudah dan tak banyak kenderaan. Tak banyak bersimpang-simpang so mudah lah, walaupun terpaksa hafal jalan.
Kami book kat Nutchana Hill Boutique Hotel which a bit far from town center. Kami pilih sebab ada pool. Konsep hotel ni ada chalet sebuah sebuah. Kereta boleh park kat sebelah rumah. Bilik agak luas. Dan dia ada driveway yang bagi space kat budak2 berlari. Best.
Tapi yang lagi best. Malam tu kami makan kat kai tod decha yang terletak sepelaung je dari hotel. Malam tu kami tak sure nak makan mana, mulanya nak ke khlong hae. Tapi perut dah lapar dan kat khlong hae tak sure apa yg best. Petang masa baru sampai aku ada tanya reception kalau ada makanan halal nearby. Dia tunjuk je kat depan without knowing the name of the restaurant. Sebenarnya dia x tau pun cakap english so dia tunjuk2 je. Bila malam tu kami pergi, rupanya kai tod decha which my wife cakap memang famous (frankly aku tak tau pun dia famous). But ayam goreng dia sangat lah sedap... Sgt sgt sedap. Dan tomyam dia pun giler sedap... Semua sedap la.... Kami plan dtg lagi sebelum balik.
rugi sikit bila jalan-jalan cari makan dengan family saja yang group kecik. Kalau order lebih2 nanti membazir. So kena pilih sikit je, tapi semua aku nak rasa.
Lepas makan time masih baru pukul 9. Jadi kami pergi jugak la ke khlong hae. Tengok-tengok. Jam dah 930pm. Kebanyakan sampan dah abis pun. Tapi keadaan dan suasana tempat tu tak berapa conducive dan menyelerakan untuk makan. Tambah bawak bebudak ni. Tapi mungkin bila awal2 ok kot. Kami dah sampai hujung2. Nasib la kami dah makan.