Monday, September 30, 2019

Quick trip : Jakarta - Bandung Day 1 of 2

Parents in law aku hari tu berusaha dapatkan pakej MH Deals. Dia nak bawak anak-anak, cucu dan adik beradik yang boleh travel jalan-jalan makan angin. Dan akhirnya dia dapat good deal untuk fly to Jakarta dan tido 3 hari 2 malam. So... Last week kami menjelajah Jakarta dan Bandung bagaikan cerita fast & furious. Semua nak pergi dengan time yang sangat singkat. Anyway, aku rasa aku lebih kepada jalan-jalan cari makan plus nak biasakan semula anak-anak naik flight. Plus, seronok juga jalan if kita ikut je tanpa banyak plan.

The flight was very early in the morning. Kami kena ada kat airport sebelum subuh. Untuk trip ni, demi memudahkan perjalanan, kami decide untuk park di klia je. Tapi sebab awal sampai, kami terus park di hotel movenpick ada program park and fly. RM20 tempat tak berbumbung. Berbumbung RM25. Dan shuttle ke airport free. It's a good offer. So kami cuba ni. Xde buat prior booking. Alhamdulillah xde issue.
Thru MH deals booking flight terpecah dua, kami group 11 orang sampai dulu dan ada 4 orang lagi sampai 1 jam lebih lewat. Sementara depa sampai kami tunggu je kat airport. Airport dah lawa. Takde playground, tapi dia punya tempat isap rokok lawa pula. Dok lah bergambar sekejap. Tapi tak sesuai pulak design macam ni untuk tempat hisap rokok.
 

Bila semua dah sampai, first stop - makan. Restoran sederhana di area Mangga Dua. Yumss... Alhamdulillah. All meals pun masuk pakej. Next kami ke Mangga Dua. 

Sepertimana plan asal. Bila shopping ni aku akan dok dalam kereta with the kids. In this case, dua dua nya tido. So aku dok dalam kereta je lah. Sejam je dia mangga dua, ada beberapa orang balik ke van dengan pembelian. But mostly x membeli lagi. Selepas tu sepatutnya pergi tempat lawatan, tapi semua orang tak larat. So balik hotel sebelum keluar senula untuk dinner.
Anak-anak seronok bila balik hotel. Kami bermalam di Ibis Kemayoran selama 2 malam. Petang tu sempat kami gi mandi pool. Cantik area courtyard hotel ni. Tenang. Very personal. Pool pun bagus.

Malam tu kami makan di kedai Cina. Sedap juga masakan dia. Aku tak ingat apa namanya... satu tu dessert selasih dengan santan. satu tu appetiser macam tauhu goreng yang jauh lagi sedap dari Annora tu.

We have to sleep early tonight as tomorrow our day will start very early at 4am.