Thursday, February 20, 2020

Plan for 2020

Hmm... lets plan for 2020...

It is our 10 year annivesary, but we have just spend a bomb last year. So budget nak travel kena potong sikit.

Dan disebabkan Hessa dah masuk darjah satu, jadi travel plan kami tahun ni kena berlegar-legar dengan cuti sekolah dia (boring!)

So here is the berangan plan:

March - Cuti seminggu - this kind of set dah... we are going to Phuket :-) dah booked and settled last December hahaha... sebab ada discount. But a bit worried lah dah ada Covid 19 ni. But Thailand macam ok je.

End of May - Early June 2 weeks - Ni macam nak kena allocate for Hari Raya. Hoping no more Covid 19. First week tu boleh concentrate untuk raya, we have long raya holidays. So ada 2nd week holiday untuk jalan-jalan. Nak gi mana ye? Tapi aku sukar sikit nak cuti awal bulan ni. Hmm...

End July - Ni raya haji pulak, tapi happened to be towards the end of the cuti sekolah. So ada dalam seminggu boleh jalan-jalan... Kena plak hujung bulan, lepas gaji. Sesuai nak jalan ni... gi mana ye...

End of the year - ada 6 minggu cuti. Adik aku baru pindah ke KK. Maybe we could spend 2 weeks in Sabah lah kot. Aku tak pernah ke sana for a holiday... perhaps this is a good timing... cumanya penat lah nak berebut dengan orang-orang lain masa cuti sekolah ni. But what to do.

This year ni macam tak boleh plan jauh mana, sebab bajet restricted. But here are some travel ideas yang aku ada sekarang... Mid level budget.

1. Taiwan - the city is pretty compact. Lately muslim friendly. Banyak restaurant halal rasanya. Lepas tu ada gak sejuk-sejuk sikit dan ada food picking. Perhaps interesting to fit in End July tu, tapi masa tu peak summer kot... Malas lah travel masa panas ni.

2. Tasmania, Australia - for a short road trip macam ada banyak aktiviti. Tapi disebabkan takde direct flight, tak boleh nak buat a quick trip. Mesti kena spend at least 7-9 hari. 3 hari travelling, 2 hari kat tempat transit - Melbourne atau Sydney. 4 hari di Tasmania. So kalau nak spend lebih masa kat Melbourne atau Sydney, kena lah add more days. Perhaps this is an option for Summer vacation next year, sebab Tasmania sejuk in July/August. Ada southern aurora plak tu.

3. Island holiday... apparently, kami tak pernah pergi pulau for island holiday.... Local trip dulu lah kot. Mana best? The last time i went to Perhentian/Redang was 15 tahun sudah. Mana yang lebih kids friendly?

Thursday, February 6, 2020

Russia with toddlers : Final days... 3 days of travelling...


The hotel provide breakfast. Sangat membantu since kami pun dah tak de stock apa2 untuk makan. Anak2 pun dapat makan free. Selection dia best. Simple western breakfast, ada cereal, ada roti/pastry, ada telur-hashbrown, macam-macam lah... Cold n sausage je x boleh makan. Best lah... Coffee pun ok. By 10am habis makan dinner.
Flight pukul 4. So by 12 noon kami ke airport. Walaupun urusan possibly x lama. Tapi kami nak settle cepat. Dengan budak2 ni biar cepat... Nak terkocoh2 last minute susah. The airport besar. Bila dapat platform hujung, memang la dapat tengok semua. Muhammad tido most of the time, Hessa seronok main kat playground. Main dengan anak2 Russian. Siap bersembang tu. Both cakap bahasa depa la... Main itu ini... Sampai kes menangis n minta maaf la... Beriyer budak2 ni. 
Flight balik ni lebih penuh berbanding datang hari tu. Dengan orang dok sebelah makan ruang, penat mengecikkan diri. But the kids were alright. Muhammad tido je lah most of the time. Hessa x dpt nak tido sangat. 

Entah macam mana flight balik ni tiba lebih awal dari jadual. Pukul 5am, sedangkan ikut jadual pukul 6am baru sampai Hanoi airport. Kami terpaksa tunggu 30mins sebelum airport transfer bawa kami ke hotel di Hanoi. 

Transit ni asalnya untuk hampir 12jam. Nak tak nak, dah ada budak ni kena lah ambil juga bilik. Tp disebabkan tempoh panjang, kami decide untuk duduk di hotel tengah bandar yang provide halal breakfast. We chose Cosiana Hotel. Tapi banyak perubahan jadual sejak kami beli tiket. Transit 12 jam finally jadi 10 jam. 2 jam tu penting tu, we should opt for a hotel near airport je kalau kejap sangat. Sebab dr airport ke tengah bandar pun 1 jam jugak.

Cosiana Hotel ni ada sales manager yang efficient. Check in sangat smooth.. Cumanya bilik kami tu busuk bau air kumbahan. Sangat busuk. Bau piping lama. Dah la dia biarkan pintu bilik air terbuka. Nasib la kami plan dok situ for 4 jam dan badan sangat penat. Dan anak2 tido. Tapi lama kelamaan, bau tu hilang. Or kami dah lali.

We had our breakfast and lunch there. ni view dari bilik kami. Belakang train station. Macam di Malaysia je. Lepas budak mandi dan siap. Kami ke airport semula. Book grab which berharga lebih 50% less dari airport transfer.

We finally arrived in KL 7.45pm. But urusan keluar bag menyebabkan lambat keluar..pkl 9 baru settle. Pukul 11 br sampai rumah, sebab dah siap solat n dinner McD hahaha. 

Monday, February 3, 2020

Russia with toddlers : Day 9 Murmansk back to Moscow

Our flight was around noon. Beg tak de la nak kemas lebih2 pun sebab takde apa sangat membeli as souvenir di Murmansk ni. Tak banyak pun jumpa dijual - tak mencari pun. Memang kat sini kumpul pengalaman je... Seronok sangat. his is Mic

We habis kan all makanan, left a bit utk makan kat airport hari ni dan esok je. By around 10am Michael dah pick up. Our flight was around noon. Sebelum balik sempat lah bergambar dengan Michael. Bagi buah tangan sikit. Memang sangat berbaloi ambil dia as our guide dan driver. Baik, teratur, on time... Cumanya sebab generally Russian ni x friendly, kadang2 ada gaya macam dia tak puas hati or marah, but rupanya tak... Hahaha... Tapi yang sadis dia kata dia lebih faham english anak2 dari aku punya english. Dia kata susah nak tangkap accent english-melayu aku... Hahaha... But dia impress Hessa and Muhammad can converse in english. 

Airport Murmansk ni kecil je. Sini baru kami beli sikit souvenir. Ada banyak option murah murah. So kami gunakan kebanyakan coins yang ada. Around 100-120 rub je.


The view of Tundra/Murmansk from above was stunning... tak sangka langsung dapat ke tempat macam ni.

The flight was uneventful but aeroflot ni bagus. Dia ada hadiah untuk anak2. Seronok la depa. Dan pergi balik dapat hadiah berbeza.

Kami berjalan tukar terminal untuk airport transfer balik ke hotel. Senang je. Dan barang pun tak berat sangat. Walaupun senang, ada 2 orang budak kecik ni kecoh juga la. Tapi diaorg happy je dpt duduk atas trolley bag tu. Sampai terminal D kami tunggu pula airport transfer dr hotel.
Check in hotel very smooth. Tak banyak soal langsung. Tapi hotel ni takde bellboy angkat beg. Tapi dia ada a simple cafe, sejuk2 ni minum coffee best. Aku turun semula untuk dapatkan beg kami yang tinggal hari tu. Oh... Kami duduk standard room je, the 2 kids are allowed to stay together. Xde extra charge pun.

Petang tu cadangnya nak pergi ke MegaMall Khimki yang ada IKEA. Tapi wifey kata dia x berapa larat especially mengenangkan nak kejar budak2 nanti. And the kids dah relax kat bilik hotel. Lagipun xde apa nak beli. Cumanya aku nak jugak cari cream honey Medulubov yang aku pernah beli dulu plus some tea or coffee buat buah tangan. So aku je yang pergi mall. Beli barang and dinner. The kids were ok je.

630pm aku keluar. By 9 dah sampai balik. Menarik mall tu. Mostly beli pakai credit card sebab dah abis cash. Cumanya x blh nak borong medulubov honey tu sebab booth dia xde cash machine. Kebetulan pula dalam banyak2 booth sempena xmas ni, ada pulak madu medulubov ni. Brand ni xde pun dlm pasaraya. It is a very nice mixed honey yang dalam bentuk cream. Boleh buat ganti jam. 
Packing untuk balik was not too bad. Semua barang muat je masuk beg. Even beg yang pecah tu pun kami pakai. Plan utk wrap kat airport. Memang tu je duit cash yang tinggal, ngam ngam utk wrap beg je.

InsyaAllah... Esok dah nak balik dah...