Monday, July 2, 2018

Planning Russia : Visa

Perkara paling rumit untuk pergi ke Rusia (dalam tanggapan kami semua) macam mana nak dapatkan visa ke Rusia. Memang cara paling senang hanyalah melalui agensi je. Selalu pun orang gi Rusia ni ikut agensi je. Tapi kalau ikut agensi sangat mahal kot harga visa tu. Rasanya RM 700 seorang. So kami pun cari lah maklumat sebanyak mungkin melalui internet.

One of the most famous blogger Malaysia adalah student di Rusia (or ex-student), misshappyfeet. Dia ada detail out the proses. Tapi dalam list tu, yang paling utama adalah mendapatkan letter of invitation. So the key thing for us now, macam mana nak dapatkan invitation letter untuk visa Rusia.

Sekarang ni musim world cup, ada cara-cara nak dapatkan invitation letter ni. Especially bagi sesiapa yang ada tiket bola, lagi la senang. Tapi kami tak pergi time world cup, rule dia kembali seperti biasa. Banyak article cakap minta dari hotel, tapi kami plan dengan airbnb. Mostly bila kami check, mereka tak berapa tahu tapi ada yang indicate dia boleh membantu. Ada yang kena fee ada yang free. Lagi satu kesukaran, hotel atau airbnb pun hanya sediakan surat untuk period kita book kat tempat tinggal dia lah. Bukan keseluruhan period kita di Rusia. Tu pun complicates matters. 

Selain daripada minta dari hotel, ada je website yang boleh issue the invitation letter. Tapi kami tak berapa nak yakin, i.e. Mana satu yang betul dan setelah bayar kita pasti surat tu boleh diterima. Lepas tu fee dia tak lah murah mana. Hmmm... Seriously a bit struggle on this. 

So, tiket dah ada. Untuk invitation letter, itinerary kena decide dan tempat tinggal dah kena book. Now kami buat rough itinerary. We decided untuk pergi ke St Petersburg, kami pun book Sapsan - tu akan ditulis di next entry. Kami cari airbnb, antara preferencr kami adalah masjid. Trip dengan mak ayah for sure lebih suka kalau dapat ke masjid - a preference yang berlainan kalau dengan anak-anak. Kami ada dapat rumah yang lawa dan sesuai. Agak strategik dengan masjid dan ada bus untuk ke city center right in front of the apartment. While di Moscow, tak jumpa yang sesuai. Masjid dia dekat kawasan residential yang xde airbnb. Kalau ada pun, still kena naik teksi, not a walking distance. So we opt for a place near to main attractions but ada easy transport connection to Masjid.

Lepas book accomodation then we check with them if they can provide the invitation letter. Yang di Moscow kata dia boleh bantu. Tapi book dulu. So kami pun confirm. Tapi kami book through booking.com so if dia tak bagi invitation letter kami boleh lagi cancel the booking. But he keeps to his promise la. And share with us the website.

The website is www.hotelspro.ru isi je information dekat dalam tu. You will get your visa instantly. Lepas isi je, bayar dan terus dapat invitation letter to your email. In our case, dapat immediately. I can't confirm la kalau korang try later tak dapat instantly. Iklan ni tak berbayar. Apa2 issue, deal dengan diaorg direct. Ni cuma pengalaman kami. 

So dah dapat invitation letter, kami pun isi form visa application through website embassy russia. Print out the form. Please read syarat-syarat dia kat website tu. Follow them closely. Untuk gambar dia tak cakap apa2 sangat. For us, we gave them the standard white background. (Dia x persoal apa2 pun bila kami submit, dia terima je). 

Dah ada 2 document ni. Kami ke embassy. Bawak la segala paper booking flight dan accomodation in case dia tanya. Embassy buka untuk consular service hanya certain days je. Cek kat embassy website ye for update. Dia buka 9.30am sampai 1pm je. Lepas tu tak boleh berurusan. So masuk dan beratur. 

Bila dah sampai kaunter - ada satu je kaunter. Bagi 2 forms dan gambar make sure dah lekat kat form plus your passport. Diaorg tengok je information - antara yang aku perasan dia nak tengok reference number invitation letter dan company agent tu sama mcm dalam application form. Lepas tu pegawai embassy tu akan bagi kertas indicate amount visa perlu dibayar, bank details dan semua document kat kita semula. So menapak la ke maybank, tu je bank paling dekat. Dalam 300meters. Dah bank in amount yang dinyatakan. Kena bagi resit pembayaran, passport dan 2 forms tu semula ke kaunter. Dia kemudian akan bagi slip terima dan tarikh kutipan passport. Kami boleh ambil dalam masa 2 minggu - 10 hari bekerja. 

Dalam proses application tu takde pub dia tanya apa2 soalan berkenaan trip kita. Takde minta itinerary or any detail. Tak perlu pun tunjuk bookings etc. Tapi tak ramai pun orang apply sendiri. Masa beratur tu mostly orang bukan Malaysian, wakil agensi atau orang yang ke Rusia atas urusan rasmi-business-etc. 

Masa kutipan, dinasihatkan cek semua detail. Kalau ada apa2 silap. Boleh rujuk semula. Tapi proses ni tak terhenti disana. Menurut website ada proses registeration untuk tourist bila di Rusia nanti. Yang ni kami nak dapatkan maklumat dari embassy. Tapi dia tak berapa membantu. Nanti kami cerita bila dah balik dari Russia. 

So re-cap:

  1. Make the bookings - flight and accommodation. better la ada plan, otherwise takkan apply visa tapi tak pergi.
  2. Get the invitation letter - www.hotelspro.ru. They don't actually require supporting of your bookings, but your accomodation detail dan flight date nak kena tulis dalam invitation letter.
  3. Fill up the visa application online form - you can select a date earlier and later than your flight tickets. Some suggest to choose a slightly later date so if flight delay takde issue overstaying ke apa.
  4. Submit passport, visa application online form and invitation letter
  5. Make appropriate payment as advice
  6. Collect passport accordingly

Wednesday, June 20, 2018

Happy Birthday Muhammad

Lets celebrate Birthday Muhammad kejap.

The trip to Guangzhou pun was plan before Muhammad's 2nd Birthday, so dapat lah beli tiket murah je. :-) Lepas ni harga full dah... sob sob sob

He is 2 now... He is now allowed to eat the cake as he likes - utk sekali ni je ye








Friday, June 8, 2018

Planning Russia : The trip idea

Untuk birthday tahun ini, rasanya nak buat kelainan sikit. Give myself a birthday treat. My only wish was to have a holiday trip with my parents. Yes, only me and my parents yang membesarkan aku ni selama ini. Meaning no wife and kids.

Sebelum-sebelum ini pernah je gi holiday dengan my parents but setelah kawin, semua trip mesti dengan anak-anak dan wife. Memang sesungguhnya lebih seronok. Tapi ada banyak masanya, tidak semua kemahuan dapat dituruti especially bab itinerari. Disebabkan age gap sangat jauh, minat masing-masing jauh berbeza. Orang tua tak kisah pun kalau ikutkan minat anak2. Anak2 pun x de la berkehendakkan sangat, bukan tahu apa pun. Tapi as a planner, merancang sebegini tak berapa menyeronokkan.

Oleh itu, aku pun beri cadangan ni firstly to my wife. Tak abis ayat dia dah setuju. Dia kata by all means... Please... Do it. And gi ahead. Gi la mana-mana pun. 

Then aku try approach adik beradik if anyone want to tag along. So long as tak bawak your own family. My elder bro can't commit. While my younger bro says ok at first. Cumanya later dia pujuk nak bawak anak bini jugak. Which i finally i said ok. 

My parents x berapa minat at first. Sebab dia suka je jalan dengan cucu. But i said to then that this trip is for them. I would like to serve them. Asyik dengar diaorg enjoy travel dengan kawan2 je. Now it is time to have itinerary yg suits them better. Dan ikut kederat dan kemahuan mereka. Although they are at their 70s, kederat masih ada dan masih selalu je ber holiday dan bawa kawan2 diaorg gi holiday. And finally they agreed. 

So where is the destination... Some place new. Not too big to cover. Since my parents i would say have covered at least 1/3 of the world. Europe is no longer interesting for them except for Switzerland but aku baru je pergi. Africa diaorg tak minat. Asia... Hmm... Takde menarik sebab jepun diaorg lagi expert. 

So ntah macam mana tetiba keluar nama Moscow. Actually thanks to my wife, dia yang beriya nak ke situ. But after did some reading, tempat tu mcm kurang menarik untuk anak2. So aku rasa sgt sesuai bawak my parents... And they agreed instantly. 

And secara kebetulan. Boleh pulak keluar tiket murah via Thai Airways to Moscow. RM1600 per pax. Timing cantik. Aku nak book. Dpt jumpa tix pukul 9 lebih, bila ready to book pukul 2, semua tiket habis... Untuk harga murah tu lah. Parents a bit kecewa.

Later, after a couple of weeks jumpa pula tix via vietnam airlines. Timing x berapa best and harga slightly mahal. My parents mula nya taknak pergi sebab ralat dengan harga murah sebelum. Lagi satu diaorg memikirkan kos nak dapatkan visa, dia dah cek dengan kawan agensi, RM700. Itupun agensi di KL je. tapi akhirnya setuju sebab diaorg x akan ke Moscow sesama kawan. Ini lah peluang nya... (we shall discuss pasal visa in the next entry). 

So beberapa hari sudah... Kami dah pun beli tiket ke Moscow. We'll be travelling in September insyaAllah. Now the time to plan. Ada 3 bulan saja lagi untuk plan... Here go... The fun part.