Tuesday, August 27, 2019

Weekend trip : Kuala Terengganu

Antara tempat di dalam Malaysia yang aku suka pergi walaupun jauh is Terengganu. Hajat lama dah nak bawa anak-anak ke pulau di Terengganu. Buat masa ini masih belum kesampaian. Timing masih belum betul. Lagipun yang kecik masih belum berani dengan air.

Tapi last weekend kami buat impromptu plan ke Kuala Terengganu. Puncanya kawan aku selalu update dalam FB pasal anaknya yang baru-baru ni dikenalpasti menghadapi kanser. Jadi aku sangat bersimpati dan terpanggil untuk berziarah. Kebetulan wifey cakap, ada anak kawan baik dia pun sakit baru-baru ni. So... Ni trip ziarah anak anak sakit lah. 

Kami diamanahkan untuk singgah di Kuantan untuk pick up anak bongsu kawan aku dan bawa ke KT. Untuk tu kami singgah kejap di restoran ni untuk breakfast. Kata nya nasi dagang sedap, tapi aku rasa ok je.

Kami straight menuju ke hospital KT dari Kuantan. Nak hantar anak nya. Sempat berjumpa dan sembang sekejap. Sebenarnya dah 18 tahun kami tak berjumpa. Aku berharap sangat dia bertabah menghadapi ujian. 

Sejurus dari hospital, kami makan pergi ke warong Pok Nong. Dah beberapa kali ke Terengganu cuma sekali dapat makan tapi tu pun bungkus. So kali ni aim makan kat situ dengan perut agak kosong. Nak betul2 rasa. Kami sampai 15 minit sebelum dia buka pukul 330pm. Tu pun dah ramai orang beratur. Tapi once dia buka, agak smooth dan laju je. Ramai orang datang berkumpulan. Final verdict, goreng goreng memang sedap, tak berminyak, cuma satu sotong tu liat ya amat. Kami boleh datang lagi, tapi xde la wajib. Nak cuba tempat lain juga lahm by pukul 5 tempat tu agak tenang. Beratur pun tak ramai orang. Depan kedai ada buaian. Boleh la buat budak budak entertain kejap sementara tunggu queue. 
We checked in at Tanjong Villa. Reasonable room sesuai dengan harga. Really appreciate the view. Petang tu kami lepak di pool hotel je. But pool dia kurang terjaga. Takde diberikan tuala dan tertutup. Nampak air macam tak berapa bersih. Dan takde kawalan untuk elakkan basah merata2 di luar area pool. 
The next morning we had breakfast di hotel. Bagus breakfast dia. Service dia sangat cekap. Staff alert. Makanan pun best.  Lepas breakfast ziarah anak kawan. Dan lunch kami di Mat Binjai. Worth a stop. 

Lately KT ni viral pasal jambatan baru dia. Lokasi dia berhampiran dengan pasar payang. Dan kewujudan jambatan ni buka area pantai yang baru - seberang takir. Aku sangat suka waterfront ni walaupun tak de real beach. Nampak sangat tenang. Bersambung pula dengan pantai teluk ketapang. So we decided to lepak lepak tepi laut je petang ni. Bertolak ke hotel sebab hujan dah nak turun.
Both nights while we were here, we didn't adventurous enough nak makan ikan bakar. Sebab bebudak selalu nampak dah penat. Save for the next trip. Kami makan di restoran-restoran sekitar hotel saja. Both so so saja. 
On the way back, kami target untuk take a quick break di kedai kopi hai peng. The good part was ada small padang permainan untuk budak-budak. So happy la diaorg after very long driving. But kedai kopi hai peng ni mcm dah lost the vibe je. X best. But the cashier said the bigger branch somewhere on the same road yang lagi best. Kami gi kedai lama dia. 

Not much event driving back. But plaza tol bentong tu buat orang traffic jam beberapa km. So annoying. Kereta x banyak pun all the way. 

Monday, July 15, 2019

Planning Russia : where to go

Memandangkan aku dah pernah ke Russia tahun lepas. Baru sangat. Jadi aku tak de pressure untuk cover semua tempat dan aku ada some limited knowledge on the place and orientation. So ada la sedikit guide.

Utamanya kita fikir itinerary ni kerana dia memain peranan dalam memilih lokasi tempat tinggal dan book major transportation i.e. Kalau kalau plan ke bandar lain...

Berdasarkan pengalaman yang sikit di Moscow dan baca sana sini, aku tak berapa pasti ke mana tempat yang seronok nak bawak budak di Moscow. Tetapi aku tau, kalau ada snow... Mana2 pun seronok. Dan anak-anak kecil bukannya perlu benda or event extravaganza untuk bagi diaorg seronok. Janji they can play. (untuk anak anak aku lah) 

So takkan stay Moscow all the time. We do have time to explore other cities. Tapi aku rasa St Petersburg macam tak de apa benda yang menarik sangat. Macam hampir dengan Moscow je interest dia. Aku ada tengok Kazan, pun sama je.. Cumanya Kazan ni lebih ramai orang Islam. So mana nak pergi yang beri lebih pengalaman buat aku dan menarik untuk anak-anak...

Cari punya cari... We found a little city in the north yang sangat menarik. Dia jadi famous sebab ada satu Russian movie dicalonkan untuk oscar few years ago. Dan sebab dia jauh pendalaman, 2.5jam flight dari Moscow, dia ada keunikan tersendiri. Let me read it through about this place and set the itinerary better.