Friday, January 10, 2020

Russia with toddlers : Day 4 - All round

Hari ni hari terakhir kami di Moscow. Jadi kami cuba utilise as much dan wajib ulang balik Red Square sebab tu the central of attraction and activities. The kids loved it so much.

We leave early. Dan hari ni kami plan untuk tak bawak stroller and the kids gonna walk around as well.

Again, terlupa lagi nak tukar duit dekat money changer dekat hotel. But kami di sekitar Moscow city center, so should be alright la. Dari semalam kami cari cafe alenka. Alenka ni chocolate brand Russia. Under the same company ada beberapa jenis chocolate brand, tapi yang ada gambar baby 'Alenka' tu yang ingredients boleh kita makan. Yg lagi 2 samada ada alcohol atau x guna soy based. So on the way to our first location kami kena tukar train di Beloruskaya. Pusing lah satu station dan finally jumpa the Alenka shop tapi xde cafe. So we head terus ke destinasi pertama. Central Masjid Moscow untuk solat zohor/asar n have lunch. Dari Beloruskaya kami naik tram ke Masjid. 

Kami tiba di area masjid 15 min sebelum masuk waktu zohor. Around 12.30pm. So kami gi lunch dulu. Boleh lah kami cuba Brosch. Local soup. Mcm gaya Ghoulash di eastern europe. Kami order lamb soup sbb nampak org lain order tu. Kami order salmon dan chicken utk anak2. Sedap... Semua sedap. 

Lepas makan kami ke Masjid. While kami nak solat dah azan asar. Sbb asarnya 1.30pm rasanya. Ni lah masjid moscow. Besar. Paling besar di Eropah rasanya. Cantik. Besar. Ada restaurant Morrocan dalam tu.

We walk to the nearest bus station. Matlamat kami nak pergi ke Gorky Park. Masa tu dah 2.30pm. Cuaca hari tu agak sejuk. Dan cuaca agak kelam dan mendung. Hari ni Hessa jalan kaki dan kami tak bawak stroller. Muhammad masih berdukung dalam carrier. Kalau naik public transport dengan anak2 ni, jalan ke bus stop dan tunggu bas adalah aktiviti yang memenatkan kepada mereka. Tambah pula bas bkn mcm Metro. Lebih terdedah kepada cuaca. Station Metro terdekat dengan masjid adalah station Prospekt Mira, tapi nak menapak ke situ lagi jauh. Bas dan tram lebih mudah. 

Nak ke Gorky Park kena tukar bas. Sampai bas stop nak tukar bas, Hessa nak minta nak minum. Kami pula dah kehabisan air, so aku pun cari lah air mineral dalam Mall kat belakang bus stop tu. While mencari air mineral, aku terjumpa Alenka Cafe. Terus aku ajak semua masuk n have a break dlm cafe. Muhammad pula tengah tido masa tu. So dapat la dia tido atas sofa di dalam cafe. Rupanya Mall kami singgah tu Toys Mall where semua barang dijual situ sesuai untuk anak2. Ada juga persembahan sempena xmas. Tp Hessa kata the brass band n singing were too loud, we didn't follow the show. Dalam sejam juga melepak di cafe. And it was a very needed break after all. Akhirnya merasa lepak makan kek dan beli chocolate. 

Dari Toys Mall, ni boleh je jalan kaki ke Red Square. Dulu ada kami jalan kaki je ke Red Square dari Mall ni masa datang dengan my parents. Or boleh juga naik bas no 144 akan berhenti depan Bolshoi Theatre. Aku masa tu teringin nak ke Gorky Park although my wife prefer to walk from Bolshoi to Red Square. Tempat tu mcm happening. But dia kata lets go to Gorky Park since I've been saying about the place too many times. The same bus akan sampai ke Gorky Park. Ada few stations away. 

Gorky Park kelam. Walaupun ramai nampak orang tolak stroller dan anak2 ke situ tapi suasana kelam. Lampu tak banyak. Tak ramai orang. Tak sebest Red Square. To make things worst hujan!!! At temperature - 3 we have to walk under the rain. Hessa jalan je. Muhammad berdukung. Aku dah ajak turn back n ambil bas balik ke Red Square. My wife cakap dah alang2 sampai masuk la sikit. So we masuk n walk for 100 meters then turn back. Spent around 20 minutes in the dark unlitted garden. Perhaps if it was much earlier and x hujan the place might be better. But it wasn't so and it was a bad decision hahaha... So we walk back to the bus stop, dah lah kena seberang jalan, jauh pulak. Penat and frustrated. Hessa said it is okay daddy. We can go back. Dia x faham nak marah lagi :-)
So we returned to the Red Square. Terlampau ramai manusia. Mostly yang dalam bas kami naik pun semua turun ke Red Square. Happening dan yang bestnya mostly all with families with kids. We were too excited. While bersesak2 aku kena jaga and hold boots Muhammad, ada orang tegur boots macam nak tercabut. While doing that aku terlepas my glove. Hilang mana ntah.
Kami decide untuk ke dataran depan Four Seasons sebab hari tu ada satu carousel kat situ. Memang ada dan sangat besar, so kami terus beratur. While wifey dan anak-anak beratur aku cari kaunter tiket. Tak jumpa, tanya orang jaga pintu. Rupanya free. Walaupun ramai orang, carousel ni sangat besar. Jadi 2 kali giliran... Kami  dah boleh masuk. Tak lama pun beratur dah dapat naik carousell tu... Hessa n muhammad dah happy... Berbaloi jalan sepanjang hari. Next we went to the carnival ditengah Red Square. Main another carousell and the tea pot, sama mcm first day sebab tu dua je yang budak2 boleh main, yang lain tak boleh sebab tak cukup ketinggian.
It was a jolly good time. Ramai orang. Semua happy. We took more pictures then masuk semula GUM untuk makan ice cream. Kali ni kami makan yang mall tu punya. Ice cream dia dah siap taruh. But my wife said yang aiskrim bosco cafe yang makan 2 hari sudah lagi best.
We wanted to spend more time outside. But by then dah almost 7. Budak2 dah penat. Nak ambil gambar pun dah tak mau dah. berlari sana sini je...

So we walk back to the nearest Metro. It is the final day kami di Moscow. Esok dah nak ke Murmansk. Nak kemas beg pagi esok. So we leave Moscow dengan Red Square. Walaupun jadual kami relax, but we did as much as we can. 

Malam tu kami makan n cuba habiskan makanan yang dah dibuka. Dan yg bulky. Dan aku sempat make a quick trip to HRC untuk belikan shirt. So settle... 

Tuesday, January 7, 2020

Russia with toddlers : Day 3 - Ismailovo Market

Hari ni our target cuma nak pergi Ismailovo Market. Beli souvenir. Kami plan untuk keluar awal. And lepas lunch kami akan gerak balik. Malam keluar semula. That's the initial plan. Jadi ke tak, we shall see.

We managed to leave the apartment much earlier than the day before. Around 1030am dah gerak dah. Aim nak sampai situ sebelum pukul 11.30am. While kami dah plan nak tukar duit sebelum masuk Metro, tapi aku ntah macam mana terlupa terus, mungkin sebab excited dapat keluar awal. Aku x ingat samada ada money changer ke tak di Ismailovo Market. So aku buat prompt decision to stop at the next station, Kurskaya untuk cari money changer. Ismailovo ni jauh outskirt, most probably xde exchange punya. dan kalau tak cukup duit kat sana, susah nanti. Dah lah ni je plan nak shopping.

Berlari la aku dalam station, anak2 tinggal dengan wifey duduk di platform je. Tanya information macam cakap anjing dan kucing. Cumanya tunjuk USD diaorg tunjuk jugalah direction. The closest would be some banks outside the station. Ada a few banks, ada yg rate melampau, ada yang takde langsung kaunter dan ada yg rate ok tapi kena charge transfer fee. All in all, make a quick decision, tukar USD 200 and i came back after about 30 minutes. Wasted some time. And berpeluh juga lah berlari.

Dari station Partizanskaya, the nearest station to the market, kena jalan dalam 10 minit. Hessa decided untuk duduk dalam stroller, while Muhammad dalam baby carrier. Semua ok especially sebab tempat ni agak outskirt, snow pun ada nampak merata-rata di atas tanah. Tapi sikit sangat untuk gi main snow. Plus a bit colder than dekat Moscow. Finally, kami sampai dah pukul 12pm. Jarak antara train ke market tu dalam 600 meter dan jalan tu boleh je tolak stroller.

Awal nya kami tak plan nak market ni sbb mostly semua dah dapat souvenir. Tapi, dah sampai mcm kena beli juga sikit. Wife dah survey harga Russian Doll malam tadi di Arbat Street, so we have some benchmark. Bila dia tengok dekat market ni, price yang kat sini lebih dari separuh murah dari di Arbat. Ada yang mcm 1/3 dr harga Arbat. Dah lah murah, banyak size dan design. Awalnya rambang mata juga. Tapi lepas browse dalam 30 minit, we decided untuk beli je apa yang depan mata. Tak payah nak compare. Suka beli. 

Nasib baik lah kami tukar duit. Takde exchange kat situ dan semua orang deal with cash. Kami tak berapa explore disitu sebab stroller limit our venture, tak boleh nak ke sebelah flea market kat atas. Dan hari tu lebih sejuk dari semalam while we dressed down sikit budak2. Dah lah masing2 kesejukan. Seluar heattech Uniqlo memang sangat bagus. Jeans or track pants untuk kanak2 memang tak jalan. 

Banyak benda menarik kat situ selain matrioshka doll. All kind of souvenir mcm fridge magnet pun melambak. Tshirt tak banyak pilihan untuk kanak2. Yang dewasa banyak. Pakaian untuk cuaca sejuk ada. Sesetengahnya nampak macam locally made and traded bukan mass produced. Entahlah. 

About 2pm plus, we decided to have our lunch at one of the shahlink seller. Ada beberapa kedai boleh pilih. But semua akan serve kat tempat sama. Price pun lebih kurang kot. Janji halal. We didnt spent much time deciding sebab anak dah sejuk. Muhammad pulak dah tido kesejukan.

Seriously sedap daging kambing dan salmon grill. If not for the shopping, the food really makes the trip worth it. Siap kat meja sebelah ada Korean Insta yang sibuk buat review makan situ.1 cucuk grill 600rub while mushroom/potatoes 200/300. Roti dan salad/coleslow included dalam grill. All sedap. Muhammad and Hessa sangat suka roti dan salmon. Alhamdulillah.

While makan tu, kami relax kejap kat tempat hangat. Dan decide n kira apa lagi tak beli. Lepas makan, kami singgah lagi membeli few last minute items yang ternampak on the way ke pintu keluar. Konon tak membeli tu ended up abis lebih USD200 jugak. Semua duit yang ditukar settled. Puas hati. Semua souvenir settle. 
Malam tu badan agak penat. Dengan anak2 kesejukan. Aku pulak sakit bahu yang teramat. So we decided jalan sekitar hotel je.. Makan kebab dan cari farmasi. Selalu berlaku bila jalan-jalan kita kurang spent time sekitar hotel whereas hotel dah central dah. So kami nak elakkan benda tu jugak. First kami pergi ke Kievskaya Train Station. Basically the station ni untuk ke Kiev. Nak cari Alenka cafe dan farmasi. Tapi cafe nya takde. Ada jual choc je. The station was not too big (besar lagi Kurskaya pagi tadi) tapi cantik.
And we found this wonderful set up. Cantik ya amat. Hessa suka berlari sana sini tengok lampu. While Muhammad dengan hal dia, nak tengok kereta yang cuci tingkap. Excited tengok trucks.
Dan on the way balik kami nampak ada kedai 24 hours jual bunga dan small little grocer/kedai runcit. Rupanya kedai tu ada jual halal cold cuts, sausages dan banyak pastries halal... lagi lah aku belasah beli walaupun dah ada kebab... bagi puas hati. The kids happy with the sausages.

p/s - ubat farmasi tu sangat bagus. Bahu aku hilang sakit keesokan paginya. Dan lepas tinggalkan moscow baru aku tau dalam europe mall tu ada fast food jerry wings yang halal. Tapi malam tu kami makan kebab lagi. Not the same kedai as semalam. but ok lah. Kalau dapat Jerry Wings mesti best. Oh... jerry wings tu macam kfc kind of food.

Thursday, January 2, 2020

Russia with toddlers : Day 2 - The Red Square

Happy New Year... let's sambung entry... banyak lagi ni.

Here is the view outside the hotel early in the morning. Sunrise pukul 10am lebih. Jadi bila cuaca gelap di luar rasa kemalasan nak keluar. Dah la sejuk ya amat nampak nya kat luar. Cumanya masih belum nampak kelibat snow. Ada nampak putih-putih je. Budak-budak happy je, makan breakfast sambil tengok tv.

Our breakfast for today. Pretty complete. Macam boleh settle for lunch terus. 

Sebab hari ni consider first day di Moscow. We did not want to push too much. Semalam kami dah dapat rasa sejuk kat luar. Tapi most of the time kami dalam mall. So hari ni nak keluar jauh sikit. Since hari ni jumaat, plannya nak ke Moscow Central Masjid Sabornaya. Mana tau ada banyak jual halal food situ. Lepas solat akan ke Red Square sampai malam. 

But that was the initial plan la. It took us longer untuk bersiap. Dah pakai kan baju anak berlapis2. We decided to put on 2 heattech, satu fleece then jacket. Plus the beanie and gloove. Should be sufficient la. 

Tapi menyiapkan anak... Hmmm... Nak pakai glove pun susah nak masukkan jari. Dah siap pakai, dicabutnya pulak. Dah siap pakai kasut, baru teringat nak tanya if nak gi toilet dulu. Yes, dah kena pula buka kasut and all the jacket dan seluar baru boleh gi toilet. Pastu pakai balik. Adik yang menunggu dah panas, so jacket dan beanie dah merata. Bawak turun bawah, baru realise gloove dah tertinggal. Kakak pulak kata kaki sejuk, heatech + legging warm heattech tak cukup untuk dia. So naik balik bilik pakai kan seluar. Lepas tu masalah nak pakai stroller ke tak. Air bawak ke tak. Cukup tak lunch or snack... Itu ini lah... Turun naik bilik. Alih2 pukul 12pm baru kami ready to go.... Our intention was too ensure the kids were properly ready to face the weather. X nak sakit2 on the very first day. Kalau bawa anak ni kena a bit more relax in terms of timing. Otherwise depa mengamuk, lagi x ke mana. 

Waktu solat zohor pukul 12.44pm. Nak ke masjid makan masa lebih 45 minit. So kalau betul peak time solat, ramai kot orang. Plus, taksure berjual beli makanan tak masa solat jumaat. So, we decided to go to the Red Square dan gi masjid for sebelum maghrib for dinner.

Nak ke Red Square boleh naik train. 4 stops from Kievskaya. Metro station dekat Moscow ni memang superbly beautiful... ni ha gambar Metro yang kami lalu.

Red Square was really good. Kami jalan2 sekitar Red Square dan GUM. Sebab cuaca sangat sejuk bagi kami yang first day situ. Banyak time we stayed indoor. GUM tu pun cantik dengan deco-deco Xmas. Tapi dah bawak budak, semua benda lah nak sentuh.


Lepas tu, makan ice cream Cafe de Bosco yang super sedap. Bagus makan ice cream dalam cuaca sejuk, tak meleleh. Harga tak melampau, 100 Rub je - dalam RM6.50.

Then kami keluar dan enjoy the Christmas Market plus the carnival. Hessa dan Muhammad happy naik carousel dan tea pot. Harga reasonble. Bayar untuk anak je, adult boleh teman for free. 200 per person per ride. Ok lah... So here are the pictures. Video akan upload bila dah siap.

Lepas tu... ambil gambar dengan the St Basil Cathedral... tak sempat pun nak tengok changing guards, dah pukul 3... kena lah bekejar ke Masjid nak solat.

Kami book Gett untuk ke Masjid. Sepatutnya boleh sampai sebelum Maghrib pukul 4pm. Tp masa tunggu taxi, dia delay pulak. Which ikut kiraan we might miss the solat. So we cancelled the taxi then naik public transport. But bila naik bas, anak2 dah melepek letih. Ye lah time tido di Malaysia. So decided to go back to hotel untuk solat dan rehat. Kalau larat boleh keluar semula malam nanti. 

Keluar dari Kievskaya station, dalam perjalanan ke hotel kami nampak ada kedai kebab yang possibly halal. Dah tanya dan dia confirm halal. So hantar anak2 solat dan letak barang. Aku turun beli kebab... Kalau set dengan soft drink - Rub 210 dalam RM 15. Kalau takde air murah sikit.

Lepas makan kebab, badan rasa dah penat. Dah lah gelap dan sejuk. Malas ya amat nak keluar semula...

Arbat street ni sangat famous masa dulu. Kalau siang-siang banyak jual arts, souvenir etc... kiranya jalan pedestarian yang happening. Dua kali aku datang malam ke sini, dua kali kedai-kedai dah almost tutup. Tapi datang pun sebab nak cari kedai HRC. Sesambil dah kat sini, kami survey harga souvenir, sebab esok nak gi beli souvenir.

We arrived around 8pm. Mostly street vendor dah pack barang. But the street was beautifully decorated dengan lampu-lampu. Kami tak larat nak jalan sampai hujung. So we have some tea at a Turkish Restaurant - Bosfur. Sambil merasa Kunafa mahal. HRC pula tutup sebab ada private event. So we went back to the apartment.

Bangunan tu lah yang kita boleh tengok direct dari aparthotel kat Kievskaya tu.... see gambar first dlm entry ni.