Monday, March 6, 2017

Lumut - Marina Island Resort

Last weekend aku dengan beberapa kawan lain buat impromptu plan gi ke Lumut dan bermalam di Marina Island Resort. Jarak dari KL dalam 3 jam perjalanan.

Hari sabtu kami berjanji jumpa di Plaza Tol Stesen Sungai Buloh Utara - Hospital Sg Buloh. Janji kat situ senang, sebab kat Plaza tol tu tak banyak kereta tapi parking dia luas. Plus, kat situ boleh bagi option samada guna jalan lama Kuala Selangor atau ikut highway keluar di Sungkai.

Setelah semua berkumpul dalam 4 kereta, kami decide untuk lalu jalan lama Kuala Selangor. Lunch di Lembah Bernam Sekinchan. Kami nak try makan makanan eksotik. Sambil tengok-tengok kawasan sawah padi. Target sampai sana dalam 11.30am sebelum orang ramai sampai sana. One of us cepat-cepat call untuk buat reservation. Basically kalau reserve sebelum pukul 12pm masih ok. Dari Plaza Tol Sungai Buloh hampir 2 jam baru sampai Sekinchan tu.

It was the first time for all of us makan kat situ. Sesampai je, kami cepat-cepat order. Apa yang diaorg offer kami order a few sets. Ada Rendang Landak, Daging Rusa dan Masak lemak udang galah. Harga dia berpatutan untuk makanan eksotik ni. Selain daripada menu eksotik, ada je lauk-lauk lain. 

Pada aku, rasa dia sedap. Macam rendang Landak tu, aku tak dapat nak bezakan sangat rasa daging landak dengan daging-daging lain. Tapi aku memang rasa rendang tu by itself sedap. Boleh beli lagi. Lauk-lauk lain dia pun sedap. Kalau bukan makanan eksotik, harga dia agak standard KL.


Setelah lunch, licin semua makanan, kami straight ke kedai jual kerepek-kerepek. Kami target beli kat Wisma Masri, memang rambang mata membeli kerepek kat sini. Borong semua...

We finally arrived at Marina Island Resort dalam pukul 3pm. Budak budak dah excited nak mandi laut dah... tapi mak bapak nak rehat dulu. Kitaorg ada extra bilik sebab ada sorang kawan kitaorg pull out last minit. So bilik tu jadi port bersembang dan meeting hehehe...

Petang sikit, kami lepak di Pantai Teluk Batik. Lama sungguh tak pergi sini. Masih cantik lagi. Pantai dia bersih. Sibuk lah bebudak main pasir... Mak bapak pun mandi laut sesama.. lama tak rasa mcm bebudak.


Malam tu kami dah plan nak makan kat Lumut Ikan Bakar. Tapi entah macam mana plak malam tu tutup pulak kedai dia. Sebab tak sure mana nak makan, kami singgah je mana-mana kedai yang buka. But it was not really good. Tak ingat apa nama kedai tu. Tapi semua dah penat, especially the kids. But lepas dinner some of us stop utk makan durian tepi jalan. Marvellous.

Esok pagi, aku dan geng-geng laki pepagi gi keluar beli breakfast nasi lemak bungkus. Kami tak ambil breakfast di hotel. Kami target beli nasi lemak ikan dan udang dekat Kg Sitiawan. Nasi lemak bungkus RM1.20 satu. Kawan aku cakap nasi lemak dekat Kedai Kopi dekat situ pun sedap jugak. So ada lah beli sikit dekat situ, beli jugak Roti Canai dekat Kedai Pak Tam. Suasana kedai kat situ best giler. Makan tepi sungai. Tapi cuaca tak berapa bagus. Hujan pulak. Nasib kami plan tapau je. But the nasi lemak tu, especially yang ikan dan udang, sangat recommended. Sedap giler. Yang kat kedai kopi or Pak Tam, both equally good.

Then... semua join makan kat bilik kosong satu tu. Actually Marina Island Resort ni, bilik dia sangat luas. Macam apartment boleh duduk anak beranak. Ada satu bilik dengan katil King Size. Ruang tamu sangat luas. Cuma nya dapur dia takde kelengkapan. Otherwise memang cantik sangat dok sini. Sangat selesa lah. Kalau bawak toto or tilam boleh anak2 tido. 


Lepas breakfast, all the kids shoot terus main dekat pool. Some of us tried kayaking. Lepas tu ada frenzy park utk yg nak lebih thrill. Semua tu ada dekat Marina Island ni. Kayak dgn frenzy park kena bayar. Tapi tak mahal mana. Dia ada laut dan pantai buatan. Cuma air nya tak berapa jernih or biru lah. but still masin. Frenzy park ada nampak dalam gambar bawah ni, yang dari jauh color warna hijau kuning tu. Its a themepark atas air. besar jugak tempat tu. kalau salah langkah boleh terus masuk laut. Tapi cetek je laut tu. Dia provide life jacket.



Lepas check out, first kami makan lunch dekat Restoran D'Warisan. Restoran ni sgt dekat dengan Marina Resort. Ni pun sangat best. Lauk berjenis-jenis. Rambang mata. Rasa pun sedap2. Harga reasonable. tak lah murah sangat. memang terlebih makan kitaorg. Tak sempat nak ambil gambar pun. Lepas lunch kami gi beli makanan laut di pekan Lumut. Sebab tak berapa tahu mana nak beli, kami stop je dekat kedai Hasil Laut Tarmizi dan Zalina sebelah tu ada kedai Jamilah. Cukup lah beberapa options. Apparently Kedai Jamilah macam lebih bagus.

Lepas beli belah sekejap, our next stop was Pekan Teluk Intan. Most of us tak pernah tengok pun Menara condong ni... Setanding tak yang dekat Pisa Itali. Lepas stop kat Teluk Intan, kami bersurai. Pulang ke rumah masing-masing at our own pace. Best trip ni. tapi kejap sangat. Agak penat.









Thursday, February 9, 2017

Chiang Mai : Day 4 - Balik

Final day... gerak ke airport pagi-pagi... sebab kereta dah park kat KLIA2, so sampai KLIA2 terus boleh balik rumah. Macam rasa first time landing kat KLIA2, jauh ya amat la dari gate nak ke tempat ambil beg.

Chiang Mai ni cantik dan banyak benda menarik. Tapi disebabkan pergi dengan makcik-pakcik, itinerary dia lebih yang bersesuaian dgn pilihan mereka. Tapi kami suka trip ni, mak ayah happy, so kami happy lah. Nasib lah kami dpt naik kereta ke border tu, otherwise penat lah jugak.

Thank you makcik pakcik yang dlm trip ni, semua sporting. Walaupun banyak tempat shopping, depa bkn shopping sangat, happy dapat sampai je... Here some random pictures of them yang mostly shared dlm group whatsapp trip Chiang Mai.








Friday, February 3, 2017

Chiang Mai : Day 3 - Elephant Farm & Long Neck Tribe


Hari ni kami jalan-jalan dalam bandar. Sebab trip ni free and easy, the group boleh decide nak ikut or tak nak. Dan kalau ikut pun, boleh pilih nak duduk luar je ke, tengok show, or naik gajah etc. Kiranya no frills budget trip. So consider trip murah lah.


Hari ni, plannya nak ke Elephant Farm - Maetaeng. Cantik tempat ni. Luas. Ada Elephant Show. Nasib baik kami sempat sampai sebelum Elephant show. Terus je dapat tengok. Tengok show ni pun dah berbaloi harga tiket masuk. Walaupun ada je orang-orang yang against this kind of trip, katanya menyeksa gajah tu... but hmm.. hmm... hmm..


**Update** 
Lepas balik dari Chiang Mai ni, belakang badan Muhammad ada ruam-ruam. Dia memang ada mild eczema. So kami sapu je lah ubat eczema. Masa nampak ruam-ruam tu, kami ingatkan salah pakai sabun. Sabun pun ditukar. Sampai lah sekali tu, kami jumpa doctor sebab masalah lain. Doctor tu tanya, kenapa belakang badan dia, kami kata eczema. Doktor tu kata, tu bukan eczema. Macam bukan eczema. Rupanya dia kena bacterial infection. Kami rasa, ada possible dia kena sebab tengok gajah ni. ada sekali tu, gajah ni sembur air dan terkena dia. Masa tu, dia duduk dalam carrier ni. Ingatkan dia tak basah tak pe lah, probably air tu tak bersih dan affected seluruh belakang badan dia. But sekarang dah settle lah. So bagi yang nak bawak tengok gajah, berhati-hati ye.
Selepas tengok elephant show, kami jalan menuju ke elephant ride. Yang ni memang best. Jauh gajah ni berjalan. Siap masuk dalam sungai dan panjat bukit. Sangat best. Hessa walaupun baru 3 tahun pun happy. Berani sungguh dia. Semua makcik-makcik trip ni pun naik gajah. Lebih dari setengah jam naik gajah ni. Agak adventurous.



Lepas naik gajah ni, kami ada naik kereta lembu pulak... kemudian disediakan halal lunch. Lepas lunch, sambung naik rakit. Hessa happy sungguh naik rakit. Rakit ni berhenti jauh dari entrance, jadi kena arrange dengan driver supaya dia ambil kat tempat rakit ni berhenti. Cumanya, guide rakit ni kecoh sikit. Sibuk nak minta tips, mengadu sakit sakit badan sebab berkayuh. Terpaksa lah jugak bagi tips, tak banyak mana pun.


Lepas settle dekat elephant farm, kami terus ke Long Neck tribe village. Tak jauh mana pun, less than 10 minutes dah sampai. Kena beli tiket kat situ, tapi kena naik bukit yang tangga nya tinggi. But makcik-makcik ni lepas je. Kat atas tu, ada lah beberapa org long neck ni buat bergambar. Dia buat jualan kraftangan dan kain. Tak luas mana. Penat mendaki je lebih (utk makcik-pakcik tu lah). But menarik lah, for the first timer tengok long neck tribe ni. Hessa tido dalam perjalanan 10 minit ke sini, bila bangun dia nampak long neck tribe tu, terus terkejut dan malu-malu ambil gambar.

Sempat sampai kat hotel sebelum Maghrib. Lepas rehat dan solat. Kami ke pasar kat belakang hotel lagi. Malam terakhir kat sini... kami jalan merata sampai hujung lah... jumpa kawasan lepak2 makan... ada live performance. Open air food court. Menarik n best tempat melepak sini.
Malam tu, kami cari massage. Selain tempat massage kaki kat pasar tu, kat depan hotel ada small massage center. Untuk mak and ladies bertudung, lebih sesuai gi massage center ni, sbb bertutup. Seronok mak n makcik makcik tu dpt gi massage. Harga standard la, tak mahal mana. Dalam 250thb je sejam.