Friday, March 30, 2018

Guangzhou : Day 6 Back home and wrap up

Basically last day, flight pukul 12.30am. so kami memang booking extra day kat Marriot siap-siap. bila dah ada budak ni, mana lah mampu nak check out awal dan dok melepak sana sini. Kena lah book hotel dan airport transfer. The flight was quite good. no drama sebab depa dua tido all the way.


Guangzhou is a nice place to visit. Seriously the Chimelong Park dan the Lanpu Lu street food are worth a second visit. Bandar dia senang nak travel dengan kanak-kanak, stroller friendly. Cumanya sesak sikit lah dalam train... macam dalam gambar ni.... kalau dah sesak sangat, berdukung je lah budak2 tu kejap.
Bab shopping je kami tak berjaya nak membeli sangat. Kami pun bukan expert. Plus takde pun check out process dan cara dan kedai nak shopping. Kami pun tak berapa nak research in very detail. But from our experience, kalau beli in bulk memang berbaloi, for small purchases macam kami, so so je.

Makan halal di Guangzhou amat mudah. Ada je merata tempat. Tapi kalau google hanya specific kedai je lah ada. Kami redah dan jumpa. Semua kedai kami makan, takde pun dalam website mana-mana. Kalau yang keluar google pun bukan local food, banyak turkish or indian je. But local food or mee tarik ni... setelah 3-4 hari makan... macam rasa cukup lah stok setahun boleh skip dah mee ni... sedap memang sedap, tapi banyak sangat portion dia.

Lepas ni kena try bandar China yang lain.

Wednesday, March 28, 2018

Guangzhou : Day 5 Halal street food and Shamian Island


Today is the last day kami di Guangzhou. Malam ni kami akan fly back to KL. But today is supposed to be makan day. Among other reasons for us to stay kat Marriot tu sebab dekat dengan Masjid yang hari jumaat ada street food. Lanpu Lu street food. Yes, it was so good. Being so close to the place bagi advantage kat kitaorg untuk sampai awal. Ye, dengan perut kosong. Kami target untuk makan breakfast, tapau lunch dan dinner. Yes, matlamat kami tercapai. Here are the food and the pictures during our mentekedarah di situ. Price wise, reasonable. Harga KL.


Dan yang paling nampak menyelerakan surely grilled dia... ada banyak meja disediakan disitu. Boleh je makan kat situ. yummss...

Setelah kenyang, petang sikit kami pergi ke Shamian Island, which is apparently not really an island lah sangat. Orang gi sini sebab bangunan dan suasana dia. Lain skit dari kawasan guangzhou yang moden. Nice place to stroll around dan lepaskan budak berjalan-jalan. Tapi they all on latch lah, tak larat lah nak kejar-kejar. Ikat je berdua. Seronok je depa.



Sebelum ke Shamian Island, kami pergi lah jalan-jalan dalam satu mall ni yang kebetulan kami nampak dekat dengan metro station Huangsha. Metropolitan Mall. It is a standard mall macam dekat kl. Matlamat kami nak beli lah barang-barang kosmetik ke, or apa-apa je lah yang boleh buat buah tangan. Duit cash basically dah abis, dan kami memang rancang untuk shopping pakai credit card je. malangnya mostly kedai tak terima our credit card. Kena pakai mobile apps like ali pay etc. In fact, semalam masa dekat guangzhou train station pun mostly org bayar tiket pakai phone je. Hmm... moden sungguh depa bab ni.

Monday, March 26, 2018

Guangzhou : Day 4 Another shopping day and Night Cruise

Hari ni hari untuk ibu pulak. Kami dah ada few places untuk pergi. Setelah bertanya concierge beberapa information, kami minta dia tulis di kad hotel nama-nama mall/kedai yang kami nak pergi dalam bahasa mereka. Untuk senang cakap dengan teksi. Plus, kami akan ambil teksi bermeter je pun. Kami tak target tempat-tempat jauh. Sekadar area yang dekat-dekat je.

First Stop. Baiyun World Leather Mall

Mall ni basically jual leather items but mostly orang cari beg tangan tiruan. A very huge mall indeed. Ada dekat 5 tingkat plus apartment building on top. Display barang-barang pun cantik. Kedai bersih dan boleh bawak stroller pun. Cumanya while jalan-jalan tengok kedai akan ada orang approach ajak naik ke kedai dia i.e. in one of the apartments kat atas. Katanya ada beg yang lebih berkualiti dan moden. Org tu cakap, kat situ tak sepatutnya jual barang fake yang nampak original, tapi kalau kat apartment ni boleh. Hmm... we didn't follow anyone. Walaupun dia kata takpe if tak beli. Sebab kalau dah terperangkap dalam apartment tu, macam-macam boleh jadi.

Lagi satu, even if we were to buy any of the displayed bag. Tak semestinya bag tu ada stok kat kedai tu. Ada yang cakap dia akan hantar ke hotel later. Although, maybe tu normal proses pembelian di situ, tapi kami tak yakin. So no purchase was made.

For me, i just did one round. Lepas dah dapat tengok keadaan. Aku bawak anak-anak dok melepak dekat dengan exit, tengok tengok orang lalu lalang, enjoy the outside weather. I noticed dekat sini orang bayar banyak through online je. Even vendor jual air dan snack atas cart pun akan bagi code untuk bayar. Org sini bayar pakai phone je. Lepas tu, stroller memang boleh pakai masa jalan, even nak naik tangga jejantas pun boleh tolak stroller. Dan ada kedai halal, right next to Baiyun ni. Senang nak lunch.


2nd stop: Guangzhou Baima Costume Market.

Yang ni complex yang besar. Sangat besar. Dan ada banyak mall sekitar dia. Jual baju. Tapi kami tak lama. Sebab bila my wife tanya, semua nak kena beli in bulk. Kalau bukan in bulk, harga nya mahal yang sangat tak logic. Sebab kedai besar, kami teroka jugak lah sana sini. Tak berapa lah membeli, tapi seperti kedai toy mall. Kalau yang bukan dikedai, i.e. vendor yang kecil kecilan, tu boleh lah beli sehelai dua. We didn't spend much time plus hujan renyai-renyai. Disebabkan tempat tempat ni tak lebih dari 5 km dari hotel, kos naik teksi pun tak mahal mana. Cumanya sangkaan awal kami untuk shopping kat Guangzhou ni agak meleset. Kalau beli satu dua, tak berbaloi. Kalau beli in bulk pulak nak buat apa. Akhirnya kami balik ke hotel agak awal. So malam boleh lah jalan lagi.

Malam tu kami keluar semula, nak gi naik river cruise. disebabkan hujan hampir sepanjang hari, cuaca malam tu agak sejuk lah jugak. Nak ke river cruise boleh je naik metro/train ni. Kami cuba walk in je untuk naik cruise ni. Kami tak nak yang ada meal sebab bukan boleh makan pun. Dan kalau boleh kami nak yang paling murah. Sesampai je, dia kata dah abis tiket. Tapi kami nak naik yang secepat mungkin kalau boleh. tetiba diaorg kata boleh-boleh lagi. tapi dia nak pulak tengok passport, which kami tak bawak. Nasib baik dia kata ok kalau bagi gambar kat hp je, so mmg kena ada lah keep a copy of passport kat dalam phone. 

Cruise ni murah je and certainly a must go. Bangunan-bangunan cantik. Tapi malam tu sejuk sangat dan angin kuat. So gambar a bit shaky. But memang cantik guangzhou ni dari cruise ni. angin kuat dan cuaca sejuk, so kami masuk ke area tertutup. Dalam cruise ni disediakan air panas - chines tea. While we were in the closed area, bebudak ni la paling seronok. Sibuk la auntie2 ni mengusik depa.



Cruise ni tak lama, kejap je. Lepas cruise time baru pukul 7 lebih. So nak cari dinner. Tak tau mana. FYI, kami tak ambil local simcard, so semua berdasarkan pembacaan di hotel or google sebelum keluar hotel. That time kami decide untuk patah balik area shopping siang tadi, sebab ada nampak kedai halal area shopping siang tadi. Lagipun tempat tu not too far dari Guangzhou Railway station which is one stop away from our hotel. So there you go.... kami redah je lah... anyhow, kalau tak jumpa kami balik semula lah ke hotel dan makan kat restoran depan hotel je.

yes indeed, we returned to the same shop for dinner. Memang lah sewajarnya dok hotel yang ada halal food. Senang. Balik je ke pangkal jalan. hahaha... over the days so far, kami masih tak sempat nak melawat Yuexiu Park kat depan hotel. Waktu malam entrance dia sangat cantik. Tapi bila kami sampai tu cuaca sejuk dan tinggal lagi 30 minit je kalau nak jalan-jalan. So kami ambil gambar kat depan je lah.