Tuesday, January 15, 2019

Weekend trip : Muar

Seperti yang dirancang, tahun ni kami cuma boleh travel dalam negara je... So our first destination is Muar Johor. Bila dah travel dalam negara, nak tak nak matlamat utama dia mestilah cari makan. So, as any other Malaysians, kami pun jalan-jalan untuk cari makan. So google la tempat makan.

Kami tiba di Muar agak lewat hari Sabtu sebab kami settlekan swimming class dulu. Kami sampai pun dah hampir pukul 1pm. First stop kami adalah Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. 

Kedai ni macam gaya nasi ganja kat ipoh. Mee Bandung ni sebahagian kedai je. Air minuman dijual oleh owner kedai perhaps, bangsa cina. Ada juga jual mee dan rojak mamak. Plus ada nasi lemak juga oleh penjual mee bandung. We ordered mee rebus, rojak dan nasi lemak untuk anak2. 

Pada pendapat kami, mee bandung dia ok ok je. Sebab we actually better mee bandung masa makan kat JB beberapa tahun lepas. Rojak dia pun tak kick. Orang dalam kedai x berapa ramai tapi tak putus2 orang datang. Suasana dalam kedai agak bising dan sempit. Takde aircond. So kalau ada anak yg nak dok tempat sejuk. X sesuai. Anak kami belasah je.

Selepaa tu, kami terus ke Kedai Kopi Sai Kee 434 Muar. Kami cek yang kedai ni tutup hari ahad. So wajib la pergi sini. Sebab dah kenyang. Kami jalan kaki dari kedai mee rebus ke situ. Nak cari parking maybe jauh kan. Sambil2 tu boleh lah ambil gambar the town.

Kami cuba kopi dia je dan sepotong kek mcm millecrepe. Kek dia seriously no no. Kopi dia sedap. Kami tak dapat merasa kopi special dia sebab dah habis stok. Tp kopi kat kedai tu dah sedap. *kami beli kopi segera dia. Kami cuba bila dah balik. sedap ya amat. Seriously worth it.

Lepas settle kopi baru lah kami cek in. Ke hotel Traders Muar. Check in was smooth. Katanya hotel dia penuh full house. Kami x dapat bilik with river view. Hotel ni pun takde swimming pool. Tapi breakfast dah masuk. Hotel ni lokasi sangat strategik. Ada beberapa restoran dibawah. Tepi bus stop. Banyak kedai makan sekitar ni. Ada parking kat depan hotel.

Dah solat dan rehat sekejap. Kami keluar semula menuju ke tanjung emas. Dekat je dengan hotel. Hujung jalan. Parking agak mudah. Tapi banyak jugak orang di sini. 

Aku suka tempat ni. Tempat rekreasi sekeluarga. Tepi sungai. Cantik dan mendamaikan. Untuk anak-anak sangat sesuai sebab ada small playground. Sekitar tempat bersih - acceptable condition. 

Selepas playground, they got to try kereta control ni. Seronok la masing2. Tak mahal mana. But masih la berebut2. Aktiviti ni best. Anak2 happy sampai tak nak balik. Pengusaha pun baik dan tak berkira sangat. Dah start gelap, pokok-pokok ada lampu berjurai. Cantik. 

Kami rasa anak2 ni dah tak larat dah, so kami terus je continue makan dinner. Kalau balik rumah n mandi memang tak keluar dah. Kami makan dinner seafood Wak Jos. Ikan bakar di Sabak. Kami sampai awal, right after maghrib. Orang tak ramai lagi. Service dia laju. Makanan tak mahal. Sedap rasanya cukup la. But to comeback solely for this, maybe not. Tapi kalau org ajak boleh lah dtg lagi. Ikan dia fresh. Harga dia reasonable. Masa nak order anak2 dah mengantuk. Dapat makan sikit terus depa tido. So makan la sambil beriba.

Esoknya, kami tak sabar nak breakfast. Harga bilik sekali dgn breakfast. Tapi kami lebih teringin breakfast kat luar. Makan sate. Blok seberang jalan hotel ada dah jual sate. Sebab tak menyabar, kami masuk the first kedai dan terus order. Kagum dgn style makan satay waktu pagi... Lepas makan kedai tu kami jalan2 sikit. Rupanya ada kedai satay yg lagi besar dan nampak lebih menyelerakan, but kami baru je makan. So keep for the next time then.

Target kami nak makan mee bandung abang sayang di stesen bas dekat situ. Agak confuse mana kedai nya, tp jumpa jugak. N kami pun order. Yang sini kami rasa sedap ya amat. Jauh lagi sedap dr semalam. So ni menang... Di hujung deretan gerai ada lagi kedai sate. Aku tak tahan nafsu, aku order lagi satay untuk makan dalam bilik. Yes. Ni pun lagi sedap dr yang tadi. 

Setelah kekenyangan... We went to our room to pack the bag. Sekejap je... Tapi we stay la sampai time nak check out. Anak2 dah merayu nak gi main semula tempat semalam. So aku kena la cari jalan gi tempat lain. 

We found on the web ada satu dinasour park donhue. Tak banyak orang cerita park ni. But yang aku dpt info, masuk percuma. Naik ride je berbayar. 

Tempat ni tak jauh dr tengah pekan. On the way to KL pun. Park ni tak besar tapi ada banyak jugal replika dinosaur yg boleb gerak2. Elok buatan nya. Dah lah free ada show dinasour. While dekat situ we took a train ride. Muhammad was extremely excited tgk semua dinosaur. Kakak bising sikit bila dengar bunyi kuat. It was certainly very interesting tempat tu. Harap harap sangat dia maintain.

Settle dinasour. We straight went home. Oh... Those clam jual tepi jalan tu sedap jugak. Isi dia elok. I think they were very fresh. 

Monday, December 24, 2018

2019 Plan

Travel ke Russia dah 2 bulan. Dah recover dah expenses... Tp nak buka sekolah ni, costly la plak.

Our long overseas trip due in 2020 - 3 tahun selepas last trip to Italy. Kami reserve untuk pergi ke Spain & Morocco. So tahun 2019 adalah tahun menyimpan since we target untuk travel in March 2020.

So for 2019 we only plan to visit those small town throughout KL. Less than 2.5 hours drive from KL for a simple weekend trip. These are the towns we are interested to discover. 

1. Muar
2. Rembau/Pantai
3. Kuala Selangor/Sekinchan
4. Raub/Bentong
5. Slim River/Sungkai

For a longer weekends, we can go a bit further like these places:
1. Kuantan
2. Mersing
3. Some little town in Johor?

If tetiba ada bajet lebih:
1. Kuala Terengganu & Pulau Perhentian
2. Langkawi
3. Southern Siam

Eh eh... Dah ada 11 tempat ni. Ni mau 1 bulan 1 trip ni. Mcm mana nak save... Hahaha... 

Lets see... Welcome 2019.

Tuesday, November 6, 2018

Russia Day 8 : Last day... Bye Russia

Hari ini hari terakhir di Moscow. Kami ke airport pukul 2pm. So ada banyak masa lagi pagi ni. Mak ayah ajak aku pergi ke supermarket awal2 pagi. Diaorg nak beli buah tangan untuk kawan2. Diaorg pun nak singgah di Alenka cafe, beli coklat. Habiskan semua rubles yang ada. 

Lepas tu, aku n family adik nak ke GUM departmental store. Semalam tak sempat pergi. Mak ayah dah pergi. So depa nak relax je kat rumah. Cantik Red Square ni... tapi hari ni cuaca agak mendung. Nasib semalam cuaca lebih baik dan boleh ambil gambar banyak2. GUM ni departmental store je, ada satu supermarket jual barang harga premium. Nak beli ole-ole ok lah. Banyak designers jugak. But the inside is very pretty.
Sekejap je tengok2 GUM tu. Kami sempat makan lunch dekat kedai Lebanese halal, mr livenets. A fine dining restaurant, cantik deco. Cantik jugak harga. Rasa sedap ya amat. Tapi kami je lah try makan sini. Kebetulan tak jauh sangat dr apartment. Ni harga kat situ. So boleh lah korang estimate premium price makan/bajet makan.

Aku pun sempat ke elievskyi moscow. Market ni dibuka 24 jam. Tapi aku rasa SPB punya store jauh lebih cantik dari moscow. Tapi the inner deco kedai ni sangat cantik.. Tak macam normal grocer. Kedai ni pun depan rumah je. So area Tverskaya sesuai utk stay.. Mudah ke mana2. 

Vietnam airlines ni biasa je. Makanan pun lebih kurang sama je. Ye lah kami order halal food. Apa option yang ada. 



Bye bye Russia... See you next time insyaAllah.