Friday, December 23, 2016

MRT

Finally MRT dah dari Sg Buloh dah in operation... so lets try and utilise public transport. I so believe with a quote I read recently. So I now use public transport - not that I am rich though but mampu lah berkereta.

“A developed country is not a place where the poor have cars. It's where the rich use public transportation” – Gustavo Petro, Mayor of BogotáJun 25, 2013

Friday, December 16, 2016

Italy planning : Aktiviti untuk anak-anak

Sambil-sambil buat planning ni, kena fikir juga the kids interest. While dia org ni kecik-kecik lagi. Kerenah tak banyak kot. Hessa baru 3-4 tahun while Muhammad tak sampai 1 tahun, so dia berdukung je lah. Possibly baru tahu jalan sikit-sikit. Hessa gi NZ pun dah lebih 1 tahun, ni lagi advance Muhammad ni.

Bila plan itinerary untuk Italy, mostly kita interested nak tengok bangunan-bangunan lama, scenery, shopping, museum (nope, apparently the group tak minat) etc. So kat mana nak selit aktiviti yang menarik for the kids ni. So tak lah mengekor je, but i dont think they mind pun. So long as mak bapak ada kan... so long as dapat berlari sana sini... makan ice cream or choc or sweets at all time jadi lah... oh, and for certain others so long as ada data/video kat youtube/gadget jadi lah... but kena fikir jugak lah. And dalam pada masa yang sama, tak lah buat aktiviti for kids yang org-org dewasa (in my case, their atok dan nenek) dok menunggu je e.g. pergi theme park or any amusement park.

So here are my list of activities or places of interest yang aku sempat nak selit kat itineary roadtrip ni (gambar google semua ni, i don't have any copyright though):

1. Jungfraujoch or Mount Titlis



My own interest is to go up to Jungfraujoch. But ada beberapa factor yang aku masih fikir-fikir lagi. Tiket nak naik ke atas ni sangat mahal. Kalau nak murah sikit, kena naik awal pagi i.e. kena keluar rumah lepas subuh baru sampai situ awal pagi. Ada jugak aku baca yang kat atas tu tgk view je, tak dapat pun pegang snow or step on it. Then most of the part, naik train dlm terowong, so maybe tak menarik. But it is the highest mountain for viewing point with the highest train station. It's on top of the world. The view is to die for.

So should i go to Mount Titlis instead, my PIL dah pernah gi situ. It's cheaper and doable though. Aku pula dah pernah ke Mount Pilatus, so that may not be an option. Anyhow, it kind of exciting kalau dapat merasa pijak or touch the snow. So akan allocate satu hari kat sini.

2. Carousel di Florence



Aku pernah sampai ke Florence/Firenze ni tahun 2004. Masa tu aku tak perasan pulak pasal carousel ni. Bila baca-baca, rupanya tempat ni kat tengah-tengah the medieval city. So boleh lah spend time kat sini while the adults enjoy the city. As said, aku dah pernah sampai sini, so i dont mind jaga bebudak if others want to enjoy the place sendiri-sendiri. It is a very lovely town to wander around. Banyak monument and historical buildings. Plus, kalau baru baca buku Inferno Dan Brown banyak tempat boleh refer to the novel.

3. Gondola ride in Venice



Naik gondola ni mahal. Dulu diaorg offer at Euro60... giler mahal. But if they want, possibly boleh try. Memandang kan ada ramai, Euro 60 tu tak lah terasa sgt. But berani ke budak tu. Plus selamat tak? Anyway, different mode of transportation pun can be interesting and new experience for the kids. So kalau tak berapa mampu naik gondola ni, perhaps Vaporetto pun dah ok dah. Memang kat venice ni kena lalu jalan air.

We also masukkan plan naik train dari Florence to Rome dan possibly naik public transport like tram dan ferry. To make the journey more interesting.


4. Gelato everywhere



Ni satu lagi. Rasanya bila-bila diaorg takde mood, ni je lah umpan kat diaorg. Memang sedap-sedap dan menarik Gelato ni. Aku dah google dah kedai-kedai yang wajib singgah for the gelato, harap-harap ada yang sempat kami rasa.

5. Parks and Gardens



Lastly, parks and gardens la. Memang merata-rata di negara Eropah ada parks, field or garden yang cantik. Bila dapat lepas berlari, depa seronok lah. Sambil yang dewasa enjoy the view. Contoh nya Park dekat menara Pisa ni. Harap-harap boleh melepak kat sini. 

Friday, December 2, 2016

Italy Planning : Memandu di Itali - ZTL

Accomodation dah kind of tahu dah mana nak duduk. For the first time ever kitaorg book airbnb. Banyak pilihan. Tapi tak tau macam mana nak pilih. Should we take those yang considered as superhost, ada yang kami pilih sebab location, ada kami pilih sebab kelainan, ada kami pilih sebab rupa paras. Tapi yang penting mesti parking free dan nampak elok. Location, sebab ada kereta mcm tak berapa kisah sangat. Dan utama jugak, bajet. Basically, kalau tick semua criteria, mmg of coz lebih dari bajet yang ada. Ni yang dah booked so far (gambar all from airbnb):

Lake Como... woot woot... tetiba Como in the list :-). Bila check semula, dr airport to Lake Como berbanding airport to Milan, tak jauh beza pun. Hampir sama. Buat pe dok Milan kalau boleh rest and kill off jet leg kat lake Como. Kami pilih sebab view dan keadaan rumah. Dia pun superhost.

Next Lucerne... hooray!!! Duduk dekat farmhouse di Lucerne. Tengok lembu tenusu Switzerland berlatarbelakang gunung Swiss... Ni pilih for the experience. Rumah kat Swiss mahal2 belaka. Takut tgk harga. Ni terpaksa dok dlm farm utk dapat yang murah sikit.

Firenze/Florence. Kami plan utk bermalam lama di Florence ni. So pilih rumah yang cantik rupa paras. Jauh skit dari town. Tapi sebab ada issue driving di Italy (yang akan aku tulis kat bawah ni) kitaorg pilih rumah ni.

Lastly, Venice. Location location location. Aku rasa rumah ni mmg paling dekat yang boleh dapat dgn bajet yang ada. Dan so far condition nampak cantik dan org sangat recommend the host as baik.

All the houses above hosted by superhost. and they do accept us. Mula-mula takut jugak diaorg taknak accept org kampung. Ada 2 tempat lagi yang tak berapa sure mana nak duduk. Sebab both tempat tu tido satu malam je. Not much important sangat especially Milan the last one before balik.

So driving kat Italy yang sekarang ni merisaukan aku. Bila aku google dan baca advices dalam internet, memang agak memeningkan kepala pasal memandu di Italy ni. Aku dah biasa memandu disebelah kiri, so itu tak menjadi masalah. Tetapi, disebabkan bilangan rombongan yang besar ni, aku kena ambil kereta 6 seaters yang katanya org Italy drive kereta kecik2 je. Itu takpe lagi.
(Gambar taken from www.autoeurope.com)


Tetapi yang aku risau pasal Zona Traffico Limitato atau ZTL. Zon Pemanduan Terhad. Kebanyakan bandar ada kawasan ZTL ni. Makna ZTL ni hanya kereta yang berkenaan je yang boleh masuk kawasan ZTL. Selalu nya utk resident yang memang tinggal di kawasan tu. Dan kebanyakan kawasan ZTL ni terhad di pusat bandar, kawasan tourist attraction etc. ZTL ni takde special signage, i.e. kadang kala boleh tak perasan dan no turning back. Kalau masuk ZTL memang akan terus kena saman.

Selalunya kereta yang boleh masuk satu-satu ZTL ni kereta yang owner nya duduk dalam daerah tu. So ada kemungkinan kereta italy yg dari Pisa tak boleh masuk ZTL di Florence. Jadi kereta sewa ni memang takde permit lah nak masuk dlm ZTL ni. ZTL ni antara consideration masa pilih accomodation.

Lagi menakut kan aku, GPS selalunya tak notify pasal ZTL ni. So ada potensi kita lalu je ZTL ni bila nak lalu ke tempat lawatan. Kalau dah lepas masuk dan takde permit, auto fine masuk dalam buku. Dan ZTL ni pun ada time dia jugak. Tapi aku  dah tak tgk time dah, janji jangan masuk ZTL.

Bila banyak baca pasal ZTL ni, lagi risau lah aku nak drive ni. Dah lah kita kalau boleh nak parking sedekat mungkin dengan tempat lawatan sbb ada bebudak dan PIL yang tak larat jalan. Ni mmg kena masuk public transport la jawabnya.

Saman selalunya a flat rate, maybe boleh bayar - terpaksa bayar lah kan. Tapi bila aku tengok clause sewa kereta, ada flat rate fee kalau kita kena saman. Impose by the Car Rental Company bagi menguruskan urusan saman kita tu. Flat rate tu yang menggila rasanya. Lebih mahal dari the actual saman.

Serious perkara ni mencuakkan aku.