Monday, July 24, 2017

Italy Roadtrip : Day 13... let's go home

Hari ni hari last kami di Italy ni... dah siap semua kemas, kami pun dah ready nak balik. Kali ni host ada di rumah nak ambil kunci. Rumah ni mahal sikit dan up dari normal bajet kami. All sebab last minute booking, sbb rumah yang kami bayar cancel last minute. Nasib baik airbnb bagi up 10% bajet. Tapi, rumah dah mahal, sure lah lebih cantik. Ni lah rumah paling best dan modern kami duduk. Cadar pun best. perabot cantik. Worth as the last day.
 

The flight was smooth. Anak-anak pun happy je dalam flight. Not much an issue. Transit pun smooth...

bila sampai KLIA... baru tengok betapa banyak nya barang kami :-) Penuh kereta kecik kami.

til next trip insyaAllah. Uish dah 2 bulan baru abis tulis report trip gi Italy/Swiss ni.


Thursday, July 20, 2017

Italy Roadtrip : Day 12 Final Destination

It was the wise decision to make Venice as our last destination dan tido situ 2 malam. Venice sangat best. Apa saja masalah sepanjang trip terus hilang je... sebab tempat ni buat trip ni settle dengan full satisfaction :-) Aku boleh datang lagi ke sini.

Pagi ni kami keluar selewat boleh. Masih lagi keluar pagi ke pasar dan cari aiskrim. Hari ni target ke Milan je. Dan perjalanan pun less than 3 hours. So bajet sampai pukul 3pm-4pm ok dah. So here are more pictures of venice. Sempat lagi kami try another icecream pagi-pagi ni. Suso ni quite famous, malam tadi ada terbaca yang kena try ice cream ni.... sedap ya amat...


View on the way nak balik ke tempat parking. Kalau weather cantik, memang cantik gambar-gambar ni.

So good bye Venice. Milan here we come.


Kami sampai di Milan around pukul 3pm. Jalan ok je. Nak masuk Milan tak jam. Disebabkan kami tukar rumah last minute, dapat rumah yang quite central tapi tak de parking lot. Setelah turun semua barang, kena letak kat parking kereta berbayar. Host rumah kat Milan ni baik sungguh, beg kitaorg yang berat nak mati pun dia sanggup angkat kan, perempuan pulak tu. Lokasi rumah kami dekat dengan big park. Dan area tempat makan-makan. Agak up jugak lah area ni.


Mak Abah dah penat. Diaorg decide untuk stay je kat rumah.  Nak kemas barang lagi. Tak larat dah nak berjalan. Apparently, although rumah ni agak central, takde public transport yang dekat. Nak kena jalan accross the nearby garden utk ambil tram. Kami pulak, decide untuk gi beli stroller baru. Since, stroller kami tak sampai hari tu, dan tak tau apa cerita now, Insurer ada kata boleh beli RM1000 untuk ganti stroller. So happy lah. Tempat-tempat sebelum ni tak sempat beli stroller. Kebetulan ada pulak kedai baby yang ok dan walking distance dari rumah (as per map above). So with RM1000 memang worth it lah beli stroller baru. 

Lepas beli stroller, terus lah ke Milan Duomo dan Galleria... sini je lah tempat main kat Milan. Ambil gambar kat tempat wajib je. Nak shopping dah tak mampu. By then dah lewat pun, dah pukul 7 lebih. Lepas tu kami jalan-jalan dalam park dekat rumah dengan stroller baru :-) Dah gelap pun. Sampai rumah, kena lah bekerja keras kemas bag...

Ini kes anak berlari masa baru nak pose-pose gambar ni. 

*bila dah balik Malaysia, insurer cover RM500 je... sebab ingat cover RM1000, kami siap beli stroller RM1200!!! kena lah top up sendiri RM700*

Monday, July 17, 2017

Italy Roadtrip : Day 11 Venice

Venice sangat sangat cantik. The second time i am here. I still feel the same. Walaupun berlaku kecurian 2 hari sudah. Venice berjaya mengubah perasaan mak kepada sedikit gembira. Dia cakap memang lain bandar ni, dia dulu mengajar je pasal Venice ni. Tak pernah sangka boleb sampai sini dan begini cantik dan lain tempat ni. Ni lah tempat yang aku nampak dia tak berhenti ambil gambar since dari kami naik waterbus dr tempat parking semalam.


Hari ni takde apa plan. Just discover the city on foot. Eat at local restaurant. Balik rumah for siesta. Enjoy the market. Pergi setakat mana kaki larat berjalan. Here are our pictures. Actually we went on separate ways dengan mak abah, rupanya depa lagi hebat. Sampai ke murano diaorg naik bot.

Sepatutnya tak boleh bagi makan kat burung-burung merpati kat Piazza San Marco sebab taik burung boleh rosakkan monument. tapi kami tau lepas abis bagi makan, tourist lain pun ambik kesempatan ambik gambar dengan merpati kitaorg.

Sekitar Piazza San Marco

The nearby waterbus station. Kami tak naik gondola, harga mahal. dan bebudak tak berminat. Euro 80 - Euro 100. 

Going through the maze

Near the bridge

Shopping at the market

Lunch. Sedap. Hessa suka the pizza to the max. Really recommended.

Weather sangat cantik... we really enjoyed this place.

Malam tu baru berkesempatan buat police report. It was an easy process. Walaupun mak abah je yg dibenarkan masuk, awal2 sempat jugak la aku bantu. Polis sgt helpful. Tapi katanya banyak pencopet pun. Dan dia tahu matlamat kita nak claim insurance je pun. Janji issue report.

It was too cold that night. Kami x naik bot nak discover the canal at night. Sebab tak sure if waterbus tu patah balik ke tak... Hahaha... Even x tgk pun kami dah happy pun. Plus bebudak pun nampak penat. Tapi, sebab kan hessa penat dan dia ok duduk dengan atok n nenek, kami sempat lah lovey dovey gi minum chocolate dan makan ice cream kat Venchi.



Thursday, July 13, 2017

Italy Roadtrip : Day 10 Venice here we come

Hari ni kami menuju ke destinasi terakhir kami. Perjalanan dalam 4 jam. So kalau keluar awal, boleh buat beberapa pitstop. Tapi bandar-bandar bersejarah dekat Italy ni x berapa friendly untuk roadtrippers for pitstop. Sebagai contoh, Verona (otw from Venice to Milan) tak boleh nak masuk sebab ZTL. Same goes to San Gimignano (dalam area tuscany) ada ZTL plus town hanya utk pedestrian. Dan Bologna if otw to Venice pulak tak berapa sure mana town center dia. Untuk kami yg drive, kena park jauh dan ambil public transport. Bertambah tak convenient bila nak kena tolak stroller dan org tak berapa boleh jalan jauh.

Sebelum bertolak. Lets ambil gambar with the roses sekitar rumah airbnb. Rumah ni cantik. Tapi it was a standalone rumah dalam pekebunan. Bukan sama dgn residential row lain. Although ada parking lot sendiri, jalan nak ke rumah agak sempit. Aku tak berapa recommend org duduk sini, but not a bad option afterall.


So disebabkan kesukaran nak pilih pitstop. We have decided utk pergi Baberino Designer Outlet yg dlm route ke venice. Actually dekat sgt dgn Florence ni. Hari tu, macam tak puas membeli sebab dlm keadaan penat dan tergesa-gesa. Kali ni lebih byk free time. Beli dekat outlet kat italy ni, kena spend up to certain amount baru blh dpt VAT claimable. Jadi kena la plan, so shopping betul2 kat satu tempat rather than beli merata-rata. I mean for us, we spent a lot beli baju2 anak untuk raya je. Reasonably murah for a branded items la. Lama jugak spent time situ. Dengan mengisahkan Hessa and Muhammad yg dilepaskan berlari. Oh, ibu diaorg je shopping, daddy ambil turn jaga anak pula. Aku ni kedekut bab shopping, mmg tak beli apa la kalau aku yg memilih. Sebenarnya walaupun kecik, Baberino ni pun dah ok dah, tak perlu ke Serravalle.


Next we shoot straight to Venice. Plan asal dan dah bg tau host kami akan sampai pkl 4pm.ntah macam mana overshot pulak. Pkl 5 baru sampai kat parking lot paling besar dalam dunia ni. Alamak, host agak marah jugak dalam mesej dia sbb kami terlupa nak update. 

Kalau ke venice, boleh parking kat Tronchetto. Boleh waze for direction. Agak confusing utk cari jalan masuk sini, kalau baca dlm blog2, tp bila sampai sini a bit straightforward je. Parking banyak. Senang. Keluar station dah boleh ambil waterbus direct to San Marco. Kami banyak beg so x boleh nak jalan. 
Pengalaman naik waterbus pun dah exciting. Although Hessa tak tahan bunyi bising enjin, but the view memang sangat membuatkan Venice ni romantik.


Kami sampai je kat port, Magda the host dah tunggu. Ntah macam mana, dia boleb agak kami lah yg duduk rumah dia. Awalnya dia agak tak puas hati. Dia ada jugak la cakap, i dont have all day to wait and i dont have a lot of time. We need to do this quick. Tapi kejap je marah dia. Baik je dia lepas tu. Spend a lot of time explain pasal jalan2. Buka map. Tunjuk semua segi rumah tu. Siap ada prepare sebekas pizza utk kanak2. Ada toys for hessa and muhammad. And dia ada dvd kartun sesuai utk kids. Rumah ni sgt recommended. Dari nearest port ke rumah dia, takde tangga. Boleh tolak semua bag dan stroller. Another plus mark, tak jauh dari rumah ada kedai halal jual pizza. Wow... Situ je kami settle utk malam tu.

Tu dia view dari tingkap bilik apartment kami. Malam tu lepas makan we all settle berehat. Tak berjalan mana... Jalan gi beli pizza je kat kedai halal tu.