Thursday, July 19, 2018

Planning Russia : SAPSAN

Dari Moscow ke St. Petersburg (vice versa) ada speed train SAPSAN. Kalau kat jepun ada shinkansen untuk bullet train dia, kat Russian ni Sapsan. Menjimatkan masa perjalanan. Jarak antara 2 bandar besar ni lebih kurang 700km. Kalau drive pun makan masa selama hampir 4 jam. Kalau naik train boleh sampai dalam tempoh 3 jam 55 minit.


Macam mana nak book SAPSAN train ni? Website dia dalam bahasa Russia. Tapi diaorg dah upgrade dan ada option bahasa inggeris. Tiket SAPSAN ni dia tak release awal sangat, lebih kurang 3 bulan sebelum trip baru ada. Nak tau cara nak book boleh cek kat website-website yang update dengan proses. Cuma aku dapat share beberapa input based on my observation selepas berjaya book tiket kami.

1. Setiap train ada 20 gerabak. Ada kelas 1, business dan ada kelas yang ekonomi. Untuk ekonomi kelas pun ada gerabak yang sesuai bawak pet (satu dua kerusi) ada kerusi untuk ibu menyusu anak, ada section untuk anak-anak main. Dan ada satu gerabak yang ada cafe. Semua ni ada lah harga berbeza. Untuk gerabak paling murah, cari gerabak No 4 dan 14.

2. Untuk memudahkan pemilihan, gerabak no 1 sama status dengan gerabak 11. Ekonomi 4 sama macam ekonomi 14. So dari situ boleh lah plan. dan ada juga simbol arah mana gerabak ni tuju. So masa pilih seat tu, kalau kita ada masalah pening kalau train pergi ke arah belakang, pilih la seat follow the flow. Gerabak no 1 adalah gerabak paling depan semasa perjalanan Moscow ke St Petersburg. Jadinya masa nak boarding tu gerabak tu yang paling jauh dari platform, manakala gerabak no 20 paling dekat. Tapi sebalik nya bila sampai di St Petersburg pulak.

3. Tiket dibuka 3 bulan awal. Book awal akan dapat tiket murah. Sebagai contoh dalam gambar bawah ni. Tiket bulan 8 untuk gerabak 4 pada pukul 7 ni harga ni hampir 2 kali ganda berbanding tiket bulan 9 untuk time yang hampir sama. Kita boleh tengok jugak bilangan seat yang available. Bila dah kurang seat lagi mahal lah.

Kalau dalam ilustrasi ni, walaupun tiket paling murah available harga dia 3300 Rub, tapi seat yang ada dalam gerabak ni paling murah 3667 Rub. So kena lah cari gerabak lain.

 4. Boleh beli tiket banyak serentak. tapi akan dapat seat yang berturut dan bukan nya boleh pilih seat jauh-jauh. Macam kes kami, ada 5 orang. Aku kena cari tiket single sebab kalau beli 5 orang straight, seat yang ke empat bukan lagi sederet atau tempat yang kita rasa wajar. Contohnya kat atas tu, kalau aku pilih family untuk seat 57-60 (ada meja kat tengah-tengah ni), kalau aku nak jugak beli 5 seats aku kena duduk seat 56 atau 61 yang aku rasa jauh dari group. Aku lagi suka seat 65 atau 66. So aku kena beli asing lah.

Setakat tu observation aku masa booking. Lama jugak belek-belek website ni, nak faham the proses. Hopefully this helps.


Monday, July 2, 2018

Planning Russia : Visa

Perkara paling rumit untuk pergi ke Rusia (dalam tanggapan kami semua) macam mana nak dapatkan visa ke Rusia. Memang cara paling senang hanyalah melalui agensi je. Selalu pun orang gi Rusia ni ikut agensi je. Tapi kalau ikut agensi sangat mahal kot harga visa tu. Rasanya RM 700 seorang. So kami pun cari lah maklumat sebanyak mungkin melalui internet.

One of the most famous blogger Malaysia adalah student di Rusia (or ex-student), misshappyfeet. Dia ada detail out the proses. Tapi dalam list tu, yang paling utama adalah mendapatkan letter of invitation. So the key thing for us now, macam mana nak dapatkan invitation letter untuk visa Rusia.

Sekarang ni musim world cup, ada cara-cara nak dapatkan invitation letter ni. Especially bagi sesiapa yang ada tiket bola, lagi la senang. Tapi kami tak pergi time world cup, rule dia kembali seperti biasa. Banyak article cakap minta dari hotel, tapi kami plan dengan airbnb. Mostly bila kami check, mereka tak berapa tahu tapi ada yang indicate dia boleh membantu. Ada yang kena fee ada yang free. Lagi satu kesukaran, hotel atau airbnb pun hanya sediakan surat untuk period kita book kat tempat tinggal dia lah. Bukan keseluruhan period kita di Rusia. Tu pun complicates matters. 

Selain daripada minta dari hotel, ada je website yang boleh issue the invitation letter. Tapi kami tak berapa nak yakin, i.e. Mana satu yang betul dan setelah bayar kita pasti surat tu boleh diterima. Lepas tu fee dia tak lah murah mana. Hmmm... Seriously a bit struggle on this. 

So, tiket dah ada. Untuk invitation letter, itinerary kena decide dan tempat tinggal dah kena book. Now kami buat rough itinerary. We decided untuk pergi ke St Petersburg, kami pun book Sapsan - tu akan ditulis di next entry. Kami cari airbnb, antara preferencr kami adalah masjid. Trip dengan mak ayah for sure lebih suka kalau dapat ke masjid - a preference yang berlainan kalau dengan anak-anak. Kami ada dapat rumah yang lawa dan sesuai. Agak strategik dengan masjid dan ada bus untuk ke city center right in front of the apartment. While di Moscow, tak jumpa yang sesuai. Masjid dia dekat kawasan residential yang xde airbnb. Kalau ada pun, still kena naik teksi, not a walking distance. So we opt for a place near to main attractions but ada easy transport connection to Masjid.

Lepas book accomodation then we check with them if they can provide the invitation letter. Yang di Moscow kata dia boleh bantu. Tapi book dulu. So kami pun confirm. Tapi kami book through booking.com so if dia tak bagi invitation letter kami boleh lagi cancel the booking. But he keeps to his promise la. And share with us the website.

The website is www.hotelspro.ru isi je information dekat dalam tu. You will get your visa instantly. Lepas isi je, bayar dan terus dapat invitation letter to your email. In our case, dapat immediately. I can't confirm la kalau korang try later tak dapat instantly. Iklan ni tak berbayar. Apa2 issue, deal dengan diaorg direct. Ni cuma pengalaman kami. 

So dah dapat invitation letter, kami pun isi form visa application through website embassy russia. Print out the form. Please read syarat-syarat dia kat website tu. Follow them closely. Untuk gambar dia tak cakap apa2 sangat. For us, we gave them the standard white background. (Dia x persoal apa2 pun bila kami submit, dia terima je). 

Dah ada 2 document ni. Kami ke embassy. Bawak la segala paper booking flight dan accomodation in case dia tanya. Embassy buka untuk consular service hanya certain days je. Cek kat embassy website ye for update. Dia buka 9.30am sampai 1pm je. Lepas tu tak boleh berurusan. So masuk dan beratur. 

Bila dah sampai kaunter - ada satu je kaunter. Bagi 2 forms dan gambar make sure dah lekat kat form plus your passport. Diaorg tengok je information - antara yang aku perasan dia nak tengok reference number invitation letter dan company agent tu sama mcm dalam application form. Lepas tu pegawai embassy tu akan bagi kertas indicate amount visa perlu dibayar, bank details dan semua document kat kita semula. So menapak la ke maybank, tu je bank paling dekat. Dalam 300meters. Dah bank in amount yang dinyatakan. Kena bagi resit pembayaran, passport dan 2 forms tu semula ke kaunter. Dia kemudian akan bagi slip terima dan tarikh kutipan passport. Kami boleh ambil dalam masa 2 minggu - 10 hari bekerja. 

Dalam proses application tu takde pub dia tanya apa2 soalan berkenaan trip kita. Takde minta itinerary or any detail. Tak perlu pun tunjuk bookings etc. Tapi tak ramai pun orang apply sendiri. Masa beratur tu mostly orang bukan Malaysian, wakil agensi atau orang yang ke Rusia atas urusan rasmi-business-etc. 

Masa kutipan, dinasihatkan cek semua detail. Kalau ada apa2 silap. Boleh rujuk semula. Tapi proses ni tak terhenti disana. Menurut website ada proses registeration untuk tourist bila di Rusia nanti. Yang ni kami nak dapatkan maklumat dari embassy. Tapi dia tak berapa membantu. Nanti kami cerita bila dah balik dari Russia. 

So re-cap:

  1. Make the bookings - flight and accommodation. better la ada plan, otherwise takkan apply visa tapi tak pergi.
  2. Get the invitation letter - www.hotelspro.ru. They don't actually require supporting of your bookings, but your accomodation detail dan flight date nak kena tulis dalam invitation letter.
  3. Fill up the visa application online form - you can select a date earlier and later than your flight tickets. Some suggest to choose a slightly later date so if flight delay takde issue overstaying ke apa.
  4. Submit passport, visa application online form and invitation letter
  5. Make appropriate payment as advice
  6. Collect passport accordingly