Monday, December 30, 2019

Russia with toddlers : Day 1 - KUL to Moscow

Akhirnya bermula lah trip kami ni. Disebabkan trip ni perlu planning betul-betul bab baju nak bawa. Kami punya packing tu dah start a couple of weeks ago. Jadi pada hari departure tu tak lah last minute sangat. Semua barang dah siap. Cumanya ada beberapa barang especially roti-roti yang beli last minute. Kami memang selalunya bawa roti cream dan ikan bilis gardenia tu. Ni gunanya untuk lapik perut while di dalam airport sebelum berlepas, transit or even bila dah sampai. Plus, first meal lepas check in hotel sebelum ada orientation hotel.

Flight kami berlepas pukul 7.30pm dan ada transit di Hanoi kurang 3 jam. Kami decided minta bantuan jiran yang bawa grab untuk hantar dan ambil kami di airport. Mulanya nak letak kereta di KLIA - hotel movenpick. Tapi bila kira-kira balik, kos jadi RM 300, lebih baik naik grab.

The flight ke Hanoi seperti biasa. Sampai on time. Anak-anak bawa beg masing2. Beg aku pula penuh baju sejuk yang akan dipakai sesampai di Moscow. Aku tak pasti macam mana keadaan airport sebab kami landing di SVO kali ni bukannya DMD masa aku dtg last year. Sesampai di Hanoi airport kami terus cari port yang hampir dengan tempat sesuai solat. Kami x sempat nak solat maghrib sebelum berlepas ke Hanoi. Kami duduk di belakang satu family yang ada anak-anak kecil juga. Tapi besar sikit dr Hessa dan Muhammad. 

Flight ke Moscow rasanya dijadualkan lebih lewat dari jadual yang diemail pada kami. Lewat hampir sejam. 12.55am baru nak berlepas. Hampir pukul 12am Muhammad dah tak dapat tahan dah... Dia tidur dulu. Hessa masih happy main hp.

Kapal terbang ke Moscow agak luas dan lapang. Dan kami dapat satu row. Aku dapat 3 seat kosong tambahan. Jadi Hessa pindah dengan aku. While Muhammad dapat 3 seat kongsi dengan ibu. Agak selesa depa tido sepanjang flight ke Moscow. Full rest for all of us. While keluarga yang dok belakang kami di airport, seated depan kami. Dan ada beberapa family with small kids that area. So x de lah rasa risau kalau2 anak meragam. But eventually, depa tido most of the way. Makan di serve sebaik berlepas dan 2 jam sebelum landing. Sama je menu macam tahun lepas. 😂

Sesampai di airport.. Kami tak berebut keluar. Kami tengok2 family lain kalau2 depa tukar baju dalam flight. Nope, semua xde tukar baju. Tapi kami tukar with all jacket dan heattech sesampai di airport. Kami x biasa cuaca sejuk, tak nak tetiba sgt sejuk dan anak terus tak sihat. All the way sampai ambil bagasi agak smooth. Walaupun lambat, beg pun baru keluar sesampai kami di carousel. Cumanya kami dapati salah satu beg kami pecah sedikit. Kami buat report kat airport, tapi kena claim later. (alamak tak buat tuntutan lagi).

Keluar dr airport, kami kena beli sim card dan cari taxi ke hotel. Ada 2 booth sim card - Megafon lebih mahal dari MTC, jd kami beli je MTC. Untuk unlimited data 1 bulan 1300Rub. Untuk taxi, keluar je ke arrival hall, ada banyak driver cakap they all from Yandex. Aku x suka deal with them, so kami pergi je ke kaunter untuk dapatkan taxi. Kami dah download Gett another apps utk taxi. Di DMD tahun lepas pakai Gett, tp di SVO pakai yandex. Untuk anak2 kena order sekali car seat. Kena tambah 100Rub each. Harga total dalam 1500rub. Kalau masuk highway kena bayar tol asing. Sim card kena bayar cash while taxi ada both card and cash option. So nak tak nak kena lah tukar sikit duit kat airport yang rate dia mahal tu. No other option. 

All in all we took 2 hours from keluar flight sampai keluar airport. By 8.30am kami dah on the way ke hotel. By 10am kami sampai hotel. Perjalanan smooth.. Anak2 tido je. Hotel check in was also smooth. We review hotel in the next entry. 

Dapat je bilik. Kami berehat je. Hari ni takde berapa ada plan. Kami cuma nak jenguk2 mall sebelah hotel kami je. But kami cuma keluar quite late dalam pukul 4pm. Memang target keluar masa time tido anak2 di Malaysia i.e. time difference 5 jam, so 9pm Malaysia. We target untuk tidorkan anak only after 8pm moscow time. So depa terus dpt kill jet lag dan biasakan dgn waktu tempatan from the first day. 

Kami pilih Adagio Aparthotel Kievskya. Sebelah hotel kami ada Europskyi mall or Mall of Europe. So jalan-jalan mall tu je hari ni. Sambil minum di cafe mahal 😁. Kat situ pun ada supermarket, so boleh lah beli barang makanan sikit - biskut, buah-buahan, susu, telur, roti dan salad. Untuk cover breakfast. 
 
 

Sebab dah sampai, nak jugak lepak-lepak mengopi - our usual event bila jalan-jalan. Ni kami singgah cafe yang consider up, kat tengah-tengah Europskiy Mall ni. Boleh lah estimate harga bila tengok kedai ni. Basically, ni lah antara kedai paling mahal kami lepak while we were there. So kalau bawak guna bajet cafe ni, semua tempat lain boleh settle.

Kami nampak signboard Eataly dekat satu lagi mall which bersambung dengan hotel kami. Since pizza is our kids alltime favourite. Kami decide untuk dinner kat situ je. Dekat mall tu pun ada money exchange. Rate dia bagi 10% better than at the airport. By then, dah pukul 6 lebih. Diri sendiri pun dah penat... We call it a day for today. Balik hotel dan ready to sleep.

Wednesday, December 4, 2019

Planning Russia : Winter Clothing


Akhirnya tiba Disember. Setelah berbulan bulan menunggu.

Perkara yang banyak merungsingkan dalam perancangan trip kali ni adalah berkenaan pakaian baju sejuk ni. Dijangkakan kami berada di sana di dalam keadaan - ve 3 sehingga - ve 20 celcius. Apa pakaian yang sesuai untuk anak-anak kecil kami masa sejuk beku ni. Aku sendiri pun tak pernah merasai sejuk sebegini
Aku google jugak dan mostly semua kata layering macam jadual North face above. Baju jaket kalau bukan paling tebal pun takpe tapi kena ada various layers. So that is how we prepared. Beli baju bundle dan ada yang baru. Here are the places utama kami beli:

1. Bondoru - banyak pilihan baju orang dewasa. Banyak rupa dan banyak jenis kualiti. Kena pilih satu satu, dan mungkin jumpa yang elok. Kami pergi yang di Shah Alam. Harga mostly RM 70. Laki ke perempuan satu harga je mostly. Tapi masa kami pergi tu tak banyak langsung or hampir tiada pilihan untuk anak2 kecil.

2. Baju Sejuk Bundle - BSB ni lokasi dia di Bukit Antarabangsa. Kedai kecil. Lebih banyak pilihan baju anak2. Servis atau nasihat ada diberikan oleh pekedai. Bagus diaorg ni. Cumanya tak rajin nak balas atau respond wassap. Kami minta dia inform bila ada dtg stok baru. Dia ada inform. Tp bila kami minta simpan sebab weekend tu ada hal. Dia kata simpan 1 minggu je. Fair enough. Tp bila minta update lepas tu, x bagi tau pula. Harga baju sejuk dewasa mostly rm80. Kanak2 rm50. Baju dia lebih wangu dari Bondoru sbb dia claim baju dah basuh. Cumanya baju Bondoru lebih lawa. Kat sini ada banyak baju yang corak sama dgn pelbagai saiz, possibly borong dari Lazada.

3. Uniqlo - to create layers, we bought heattech dari uniqlo. Semua size ada. 

4. Decathlon - bila baca tripadvisor, banyak org luar suggest sini. Harga baju sejuk dia consider murah. Kami banyak beli accesories kat sini. Kasut pun beli sini. Selain baju heattech juga. Sini banyak corak dan banyak info pasal baju yang dibeli. Ada lah info which baju untuk lebih panas dan sini ada jaket/fleece dual design. So bawak 1 tp 2 color depan belakang. Bergambar ada lah lain sikit. Tak la jaket sama je. 

5. Lazada - beli direct. So far kami beli dapat yang ok. Cuma sizing je lah. Banyak pilihan. Murah dari yang jual kat BSB. Risiko barang sampai ke tak tu kena tanggung sendiri la. 

Kebetulan pula, masa kami di sana nanti... In fact bermula awal bulan ni, takkan ada matahari terbit langsung di sana. Mungkin menambahkan kesejukan... Wo hoo... Harap semua ok. InsyaAllah