Monday, January 12, 2015

NZ : Day 3 - Auckland & flight to the South Island


Kitaorg pilih hotel ni sebab dia sangat dekat dengan the main harbour, so blh la gi jalan2 without driving. Lagipun hari ni last day di Auckland dan kitaorg akan ambil flight to Christchurch later in the afternoon. Hessa tido je the whole time masa jalan-jalan pagi ni. Perhaps dia masih lagi jet lag. Lagi tido lagi bagus.






Lepas breakfast dekat hotel, masing2 spend the morning jalan2 area dekat2 sini. The town is strollee friendly, so blh je tolak stroller all the way. Singgah beli souvenir. Ambil2 gambar. Sampai tengahhari we all ke airport. 






We took Jetstar ke Christchurch. Flight was smooth dan kejap je. Ada ruang solat di terminal domestic di Auckland. So senang lah.
Sesampai di Christchurch, kami call the motel utk pick up. Utk jimat caj 1 hari campervan, 2 campervan tu kami plan utk ambil pagi esok nya. Tapi utk abg aku, utk lebih jimat, aku dah reserve a car from shoestring. Banyak baca kata kereta dia murah. Memang murah. Owner shoestring ni akan tunggu kita kat airport dan dia akan bawa pemandu ke ofis dia utk sign document. A simple arrangement dan cepat je urusan. Kereta dia ok lah. Tak lah at the top range.

The Airport Lodge Motel yang kami booked ni pretty simple. Check in was smooth. The room was decent - so so la. But clean enough for 1 night.



Malam tu kami keluar kejap. Plan nak gi beli dinner dan barang2 dapur. Cari butcher etc. Tapi kedai macam tutup awal. Sempat g pack n save je. Jadi lah... Dpt jugak beli bahan2 yg perlu. By the time balik, mostly kedai makan dah tutup awal. 

Thursday, January 8, 2015

NZ : Day 2 - Rotorua

So hari kedua start sangat awal. Kami nak menuju ke Rotorua. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Walaupun banyak tempat lawatan di Auckland, kami rasa Rotorua ada banyak kelainan. Main visit place - Te Puia dan Redwoods. 

Keluar je dari Auckland dah nampak view yang cantik. Memang nak sangat berhenti tapi memandangkan kena kejar masa, kami berhenti sekejap-kejap. Ye lah nak memnandu lebih 220km kena lah jugak berhenti. 

Finally, our first destination - The Redwoods whakarewarewa Forest. Tengok pokok-pokok Redwoods ni memang mengagumkan. Besar ya amat. Hutan tapi cantik. Apa lagi, sessi bergambar sambil meregangkan otot2 yang dah dok lama2.


Tiada entrance fee untuk masuk berjalan-jalan dlm kawasan ni. Kalau ada banyak masa, boleh hiking jauh ke dalam. Boleh juga main mountain bike. Toilet ada disediakan, itu pun free dan sangat bersih. 







Kitaorg spend 2 jam kat situ dan buka bekal makan tengahhari. 

Next destination, Te Puia. The Redwoods dengan Te Puia ni tak jauh mana. Dalam 5 km dengan arah yang sama. Tu sebab kami pilih dua tempat ni. Dua-dua unik dan asing dari tempat yg boleh dilawat kat tempat lain. 

Entrance fee Te Puia mahal sikit. NZD60++ utk dewasa, NZD30 utk kanak2 - ni harga incl cultural performance n haka. Tengok website dia for promotional and package price. Aku ada email diaorg utk minta discount since kami ramai, Alhamdulillah we got a special price which kitaorg dah bayar way before dtg ke sini. So bila sampai sini orang tak berapa ramai, tapi sebab kami redeem the ticket je proses nak masuk cepat.






Apa ada di Te Puia? The main attraction was the active geyser activities. Memang at all time memancut je glacier tu. Sangat aktif. Kena menapak nak tengok dari dekat. Untuk bawa baby it is safe dan boleh tolak stroller sampai situ. So x lah semestinya kena dukung. Disebabkan kitaorg sampai awal, kitaorg straight gi ambik gambar kat situ sebelum join the guided tours. Here the whole family picture with the geyser. Hessa tido je dalam panas tu :-)

The guided tours then explain the geyser activities. After that dia bawak pusing kawasan dan tengok kawasan burung Kiwi. Ada kawasan pemuliharaan kiwi kat situ. Then akhirnya ke tempat utama, Maori Cultural Show.

The Cultural Show started with welcoming dance kat luar dewan. Salah sorang penonton dilantik jadi wakil kami konon meminta laluan. Bukan berperang. Olok-olok ni buat persembahan mereka lebih lively plus ada guide yang explain maksud tarian. So segala persembahan Haka ada ditunjukkan. Lengkap pakaian dan senjata. 

Persembahan best. Tapi mood Hessa was not at her best. Penat. Panas kot. Jadi aku terpaksa tengok from far sebab Hessa merengek sikit. But I still enjoyed the show la cuma x dpt nak jd volunteer naik pentas - konon. All in all, it was worth the additional fee we paid. 

Event dan persembahan yang sama ada waktu malam plus dinner. Yang ni pun kitaorg dapat special rate discount plus diaorg confirm akan sediakan halal set meal for dinner. Tapi disebabkan dinner only ends at 9pm dan kami x tido di Rotorua. Kami x pilih program tu. Plus, the kids may not well entertained pun with the dinner. Nanti penat nak tido je pulak. 

We finished Te Puia lebih kurang pukul 5 mcm tu. Lepas tu kami cari tempat solat. Jumpa surau rotorua - bentuk macam rumah biasa je, tapi kawasan solat tak dibuka dan kawasan tu macam tak dijaga sgt tapi ada signboard kat luar. Kami solat di kawasan luar surau tu je sebab ada kemudahan ambil wuduk.

By then dah pukul 6. Kami terus balik ke Auckland. Nak tempoh lagi 3 jam. Dinner at hotel masak sendiri. Berbaloi pergi Rotorua ni. Kalau ada banyak hari, boleh tido di Rotorua untuk aktiviti-aktiviti lain.

On the way back, berhenti for toilet break. cantik bilik air depa ni.


Monday, January 5, 2015

NZ : Day 1 - The flight and arrival

Alhamdulillah. Akhirnya tiba masa kami sekeluarga. Plus, my parents. Plus, my elder brother with his family of 5. Plus, my parents friend with anak menantu dan 2 cucu. A total of 10 adults and 6 kids. Range from 1 year old to over 60 years old. Semua interest nak kena accomodate.

Kitaorg naik flight with the least expectation. Sebab pengalaman gi ke Korea hari tu. I prepared for the worst. Dah lah ni 10.5 hours flight. Takut sangat kalau Hessa meragam. Sebab esoknya dah nak terus gerak. But alhamdulillah, all was fine. Hessa dengan selesa tido di bassinet most of the time. Yg x best bassinet ni, bila kena pakai tali pinggang keselamatan, baby kena pegang. Kadang2 itu mengganggu tido dia. 

Kami sampai tepat pada masanya. Xde delay. Keluar ke kastam pun x bermasalah walaupun kami kena jugak cek n buka beg. Tp kami dah rancang untuk letak semua makanan dalam satu beg dan dah prepare list. Jadi pemeriksaan tu cepat je. Senyum je org kastam yg cek. All well prepared. 

Bila keluar dari airport, kami terus beli sim card. Yg ni x berapa prepare sgt. So ambik masa skit sbb nak discuss mana yang ok. Lepas beli sim card kami call jucy rental. Kalau sewa kereta dari jucy rentals, driver kena angkut dulu lepas tu dia bawak ke officr jucy rental keluar dr kawasan airport. Kalau x ramai org dan barang boleh je dia bawak semua org ke ofis. Tp sbb kami ramai, hanya driver je pergi. Tp proses menyewa kereta agak mudah walaupun pada awalnya kaunter jucy rental kecoh skit pasal lesen memandu. Tp finally after a little argument semua ok. Lepas dapat kereta, kami kena pilih sendiri baby car seat. Yg ni agak kureng sikit. Jucy rental x berapa jaga car seat dia. Banyak yang x berapa bersih dan keadaan yg agak buruk. Walhal dalam order kami dah letak dah car seat required.

By the time kami pick up everyone kat airport dan drive ke hotel. Waktu dah petang dah. Dlm pkl 5 baru kami check in. It was very smooth check in. Bilik 2 bedroom apartment yg sangat selesa. Hotel Barclays Suite Auckland NZD195. Parking xde, kena park kereta kat parking lot berbayar kat sebelah hotel, yg ni mahal sikit. Dalam NZD30 rasanya sehari. Kami ambil rate daily. But quite convenient in terms of location sebab sangat dekat dgn town. (later kena buat review hotel pula)



Malam tu dah x sabar nak ronda2. Walaupun ada makanan dari Malaysia. Masih lah pusing2 cari makanan. Di jalan belakang hotel ada kedai kebab halal. Jadi lah. Then ada supermarket, so beli sikit barang makanan kudapan. Kami memang jenis suka mencuba dan pergi groceries stores dan pasar memang wajib.

Bandar Auckland ni agak berbukit. Dari hotel kami ke Auckland Harbour dalam 500meter je. Tp dia atas bukit. So bila balik, kena menapak a little hilly area. Utk my mom, agak memakai kederat jugak lah. Satu block belakang hotel ni, Queen Street (where the kebab stall located) memang consider main street kat Auckland. So senang lah nak make a quick visit to main area dia Auckland.


Once we got the orientation. Kenyang makan kebab. We call it a day. Esok nya awal pagi nak kena bergerak.