Thursday, June 8, 2017

Swiss Roadtrip : Day 4 (cont) Zurich

Turun dr Titlis kami ada 3-4 jam sebelum hari gelap. Kami boleh balik ke rumah dan kawasan sekitar atau boleh ke Zurich. Sekadar dapat tengok serba sedikit bandaraya ni. Aku pernah ke sini, aku x rasa ada apa2 menarik. Tapi bila dah dekat, takkan x singgah antara bandar termahal di dunia ni. 

Yes indeed sangat mahal. Kami cari parking dekat central. Yang ada huge shopping or pedestrian walk. Untuk 2 jam lebih kami bayar dekat rm100... Hahaha... Ambik... Triple klcc. 

Masa jalan tu, kami cari2 souvenir dan rasa lapar pulak... Mmg mahal giler...  A simple hotdog pun gitu. Dah lah bagi roti keras. Bila bawak anak, kalau dah dia nak sosej... So sosej la kena beli. Kalau kita blh ikat perut. Budak x tau benda tu. 


Lepas tu... Jalan2 je lah... Tengok sekeliling... Kami nampak bandar ni sangat stroller friendly. Sangat ramai ibu tolak stroller dan mostly stroller yg besar gedabak. Very friendly to kids. 
Zurich was a nice placr utk stroll around. Tapi kami kesuntukan masa. Takpe... Banyak lagi time untuk enjoy switzerland.

*apparently, kami sepatutnya lebih banyak masa ke small town near our airbnb - Emmen. Ada masjid dekat area tu dan ada small market/butcher jual makanan halal dan restaurant halal. Tapi still la mahal. But aku rasa we didnt spend enough time kat situ. Should have explore those suburb area more.

Monday, June 5, 2017

Swiss Roadtrip : Day 4 Sunny snowy Titlis

Hari ni kami kena decide samada nak pergi visiti Interlaken dan bandar-bandar di Switzerland, ataupun naik ke mount Titlis. Cuaca agak tidak berapa cantik sekarang. Asyik mendung je. Dan dijangkakan hujan hari ni... Jadi kami decide untuk naik ke Mount Titlis, harapnya, kalau hujan pun dia jadi snow... ni highlights of our trip kali ni - yes.. so entry ni penuh gambar je ye.

Mak abah dah pernah ke Mount Titlis, tapi dengan rombongan besar. Perjalanan kami ke Mount Titlis dari Huob dalam 45 minit ke 1 jam. Cantik pemandangan ke Titlis. Jalan agak berliku bila dah mendaki sikit. Tapi agak mudah. Jalan besar dan cantik. Driving di Switzerland ni tenang-tenang je.

Tiket kami beli dikaunter je pagi tu. Tak ramai pun orang. Harga SF92 for return. Budak2 still free - bawah 6 tahun. It was an amazing experience. Dari naik cable car sampai lah ke atas.... here are our pics.. sampai situ memang kagum, first time for us.... so agak kelam kabut jugak lah.


Bila sampai atas... lagi lah kan... Hessa enjoyed the place. Siap makan snow kot. Tapi yang tak larat, bukannya nak ambil yang baru, dia capai je kat tepi kaki dia.. hahaha... we spend time there just sitting down and enjoy the view. Bila ada matahari, rupanya perit dan terik jugak rasa kat kulit. So memang kena pakai sunblock for the kids bila kat atas ni. 


Sesapa yang nak bawak stroller boleh jugak. Tapi tak boleh masuk snow sangat lah. But all the way from bawah, selesa je kalau nak bawak stroller. Tapi kami tak bawak lah. Ni ada org bawak ni.

Kat atas tu takde lunch halal. But ada disediakan tempat untuk makan lunch. Banyak kerusi untuk lepak-lepak... bersih dan luas. Kami makan nasi goreng segera kat sini. Iklan free kat nasi goreng ni.


Lepas lunch... dah rehat-rehat menikmati suasana... kami pun berangkat pulang. Ada banyak aktiviti kat atas ni, tempat melawat. Tapi sekali lalu je lah... the ultimate was the snow. Untuk mak abah, walaupun tahun lepas depa pernah ke sini, tapi masa tu takde snow setebal kali ni. Diaorg pun enjoy!!!

Bila tiba di bawah, memang ada gerimis dan hujan renyai-renyai.. tapi masa kat atas, benda ni tak terasa langsung. Ada snow fall sikit-sikit. Which was wonderful.

Selepas ambil kereta kami menuju ke Zurich.

Thursday, June 1, 2017

Swiss Roadtrip : Day 3 (cont) Farm visit

Sambungan dari post sebelum ni... ni lah rumah airbnb ni. Kami duduk kat tingkat paling atas. Naik tangga yang agak curam dan sempit. Untuk kami ok je. Tapi mak agak payah jugak lah... tapi ok lah... naik sekali turun sekali sehari. Dekat tingkat ada bilik yang ada dryer dan washing machine. Rumah penuh kelengkapan. Ada dapat fresh milk dan telur ayam fresh. Toilet penuh toileterries. Dapur pun ada macam-macam benda... ada butter, minyak etc etc... best.

Owner rumah offer kalau nak tengok ladang lembu. Walaupun penat, kalau bertangguh masa lain, mungkin tak kena timing. So kami ok lah. Rupanya memang ni ladang lembu tenusu yang aktif. Ada lebih 60 ekor lembu. Siap ada baby lembu. Dia kata kalau nak tengok proses perahan susu, kena bangun pukul 5am, eh tak lah kan... but it is really a farm stay. Kagum!


Lepas tengok ladang lembu... kami pergi ke ladang hijau tempat lembu-lembu tu dilepaskan... padang hijau yang berlatarbelakang kan pergunungan ada snow cap... giler lawa... tak tergambar dari gambar phone ni....

Tengok lembu-lembu tu.. comel je... Hessa siap menjerit kat lembu-lembu tu. Lepas video ni.. semua lembu-lembu tu lari sebab kena jerit dengan Hessa. It was a great decision untuk duduk kat sini. Best la airbnb ni. experience 5 star!