Monday, June 5, 2017

Swiss Roadtrip : Day 4 Sunny snowy Titlis

Hari ni kami kena decide samada nak pergi visiti Interlaken dan bandar-bandar di Switzerland, ataupun naik ke mount Titlis. Cuaca agak tidak berapa cantik sekarang. Asyik mendung je. Dan dijangkakan hujan hari ni... Jadi kami decide untuk naik ke Mount Titlis, harapnya, kalau hujan pun dia jadi snow... ni highlights of our trip kali ni - yes.. so entry ni penuh gambar je ye.

Mak abah dah pernah ke Mount Titlis, tapi dengan rombongan besar. Perjalanan kami ke Mount Titlis dari Huob dalam 45 minit ke 1 jam. Cantik pemandangan ke Titlis. Jalan agak berliku bila dah mendaki sikit. Tapi agak mudah. Jalan besar dan cantik. Driving di Switzerland ni tenang-tenang je.

Tiket kami beli dikaunter je pagi tu. Tak ramai pun orang. Harga SF92 for return. Budak2 still free - bawah 6 tahun. It was an amazing experience. Dari naik cable car sampai lah ke atas.... here are our pics.. sampai situ memang kagum, first time for us.... so agak kelam kabut jugak lah.


Bila sampai atas... lagi lah kan... Hessa enjoyed the place. Siap makan snow kot. Tapi yang tak larat, bukannya nak ambil yang baru, dia capai je kat tepi kaki dia.. hahaha... we spend time there just sitting down and enjoy the view. Bila ada matahari, rupanya perit dan terik jugak rasa kat kulit. So memang kena pakai sunblock for the kids bila kat atas ni. 


Sesapa yang nak bawak stroller boleh jugak. Tapi tak boleh masuk snow sangat lah. But all the way from bawah, selesa je kalau nak bawak stroller. Tapi kami tak bawak lah. Ni ada org bawak ni.

Kat atas tu takde lunch halal. But ada disediakan tempat untuk makan lunch. Banyak kerusi untuk lepak-lepak... bersih dan luas. Kami makan nasi goreng segera kat sini. Iklan free kat nasi goreng ni.


Lepas lunch... dah rehat-rehat menikmati suasana... kami pun berangkat pulang. Ada banyak aktiviti kat atas ni, tempat melawat. Tapi sekali lalu je lah... the ultimate was the snow. Untuk mak abah, walaupun tahun lepas depa pernah ke sini, tapi masa tu takde snow setebal kali ni. Diaorg pun enjoy!!!

Bila tiba di bawah, memang ada gerimis dan hujan renyai-renyai.. tapi masa kat atas, benda ni tak terasa langsung. Ada snow fall sikit-sikit. Which was wonderful.

Selepas ambil kereta kami menuju ke Zurich.

No comments:

Post a Comment