Monday, July 17, 2017

Italy Roadtrip : Day 11 Venice

Venice sangat sangat cantik. The second time i am here. I still feel the same. Walaupun berlaku kecurian 2 hari sudah. Venice berjaya mengubah perasaan mak kepada sedikit gembira. Dia cakap memang lain bandar ni, dia dulu mengajar je pasal Venice ni. Tak pernah sangka boleb sampai sini dan begini cantik dan lain tempat ni. Ni lah tempat yang aku nampak dia tak berhenti ambil gambar since dari kami naik waterbus dr tempat parking semalam.


Hari ni takde apa plan. Just discover the city on foot. Eat at local restaurant. Balik rumah for siesta. Enjoy the market. Pergi setakat mana kaki larat berjalan. Here are our pictures. Actually we went on separate ways dengan mak abah, rupanya depa lagi hebat. Sampai ke murano diaorg naik bot.

Sepatutnya tak boleh bagi makan kat burung-burung merpati kat Piazza San Marco sebab taik burung boleh rosakkan monument. tapi kami tau lepas abis bagi makan, tourist lain pun ambik kesempatan ambik gambar dengan merpati kitaorg.

Sekitar Piazza San Marco

The nearby waterbus station. Kami tak naik gondola, harga mahal. dan bebudak tak berminat. Euro 80 - Euro 100. 

Going through the maze

Near the bridge

Shopping at the market

Lunch. Sedap. Hessa suka the pizza to the max. Really recommended.

Weather sangat cantik... we really enjoyed this place.

Malam tu baru berkesempatan buat police report. It was an easy process. Walaupun mak abah je yg dibenarkan masuk, awal2 sempat jugak la aku bantu. Polis sgt helpful. Tapi katanya banyak pencopet pun. Dan dia tahu matlamat kita nak claim insurance je pun. Janji issue report.

It was too cold that night. Kami x naik bot nak discover the canal at night. Sebab tak sure if waterbus tu patah balik ke tak... Hahaha... Even x tgk pun kami dah happy pun. Plus bebudak pun nampak penat. Tapi, sebab kan hessa penat dan dia ok duduk dengan atok n nenek, kami sempat lah lovey dovey gi minum chocolate dan makan ice cream kat Venchi.



Thursday, July 13, 2017

Italy Roadtrip : Day 10 Venice here we come

Hari ni kami menuju ke destinasi terakhir kami. Perjalanan dalam 4 jam. So kalau keluar awal, boleh buat beberapa pitstop. Tapi bandar-bandar bersejarah dekat Italy ni x berapa friendly untuk roadtrippers for pitstop. Sebagai contoh, Verona (otw from Venice to Milan) tak boleh nak masuk sebab ZTL. Same goes to San Gimignano (dalam area tuscany) ada ZTL plus town hanya utk pedestrian. Dan Bologna if otw to Venice pulak tak berapa sure mana town center dia. Untuk kami yg drive, kena park jauh dan ambil public transport. Bertambah tak convenient bila nak kena tolak stroller dan org tak berapa boleh jalan jauh.

Sebelum bertolak. Lets ambil gambar with the roses sekitar rumah airbnb. Rumah ni cantik. Tapi it was a standalone rumah dalam pekebunan. Bukan sama dgn residential row lain. Although ada parking lot sendiri, jalan nak ke rumah agak sempit. Aku tak berapa recommend org duduk sini, but not a bad option afterall.


So disebabkan kesukaran nak pilih pitstop. We have decided utk pergi Baberino Designer Outlet yg dlm route ke venice. Actually dekat sgt dgn Florence ni. Hari tu, macam tak puas membeli sebab dlm keadaan penat dan tergesa-gesa. Kali ni lebih byk free time. Beli dekat outlet kat italy ni, kena spend up to certain amount baru blh dpt VAT claimable. Jadi kena la plan, so shopping betul2 kat satu tempat rather than beli merata-rata. I mean for us, we spent a lot beli baju2 anak untuk raya je. Reasonably murah for a branded items la. Lama jugak spent time situ. Dengan mengisahkan Hessa and Muhammad yg dilepaskan berlari. Oh, ibu diaorg je shopping, daddy ambil turn jaga anak pula. Aku ni kedekut bab shopping, mmg tak beli apa la kalau aku yg memilih. Sebenarnya walaupun kecik, Baberino ni pun dah ok dah, tak perlu ke Serravalle.


Next we shoot straight to Venice. Plan asal dan dah bg tau host kami akan sampai pkl 4pm.ntah macam mana overshot pulak. Pkl 5 baru sampai kat parking lot paling besar dalam dunia ni. Alamak, host agak marah jugak dalam mesej dia sbb kami terlupa nak update. 

Kalau ke venice, boleh parking kat Tronchetto. Boleh waze for direction. Agak confusing utk cari jalan masuk sini, kalau baca dlm blog2, tp bila sampai sini a bit straightforward je. Parking banyak. Senang. Keluar station dah boleh ambil waterbus direct to San Marco. Kami banyak beg so x boleh nak jalan. 
Pengalaman naik waterbus pun dah exciting. Although Hessa tak tahan bunyi bising enjin, but the view memang sangat membuatkan Venice ni romantik.


Kami sampai je kat port, Magda the host dah tunggu. Ntah macam mana, dia boleb agak kami lah yg duduk rumah dia. Awalnya dia agak tak puas hati. Dia ada jugak la cakap, i dont have all day to wait and i dont have a lot of time. We need to do this quick. Tapi kejap je marah dia. Baik je dia lepas tu. Spend a lot of time explain pasal jalan2. Buka map. Tunjuk semua segi rumah tu. Siap ada prepare sebekas pizza utk kanak2. Ada toys for hessa and muhammad. And dia ada dvd kartun sesuai utk kids. Rumah ni sgt recommended. Dari nearest port ke rumah dia, takde tangga. Boleh tolak semua bag dan stroller. Another plus mark, tak jauh dari rumah ada kedai halal jual pizza. Wow... Situ je kami settle utk malam tu.

Tu dia view dari tingkap bilik apartment kami. Malam tu lepas makan we all settle berehat. Tak berjalan mana... Jalan gi beli pizza je kat kedai halal tu.

Monday, July 10, 2017

Italy Roadtrip : Day 9 Daytrip to Rome

Hari ni kami dah set untuk buat daytrip to Rome. Tiket train dah siap beli. It's good at least Hessa dapat merasa naik train. Plus another rest day from driving for me. Kalau beli tiket awal, harga tiket jauh lagi murah.



Driving Florence to Rome dalam 3 jam lebih. While train cuma 2.5jam. And you arrive at the center station. Kalau drive nak kena kira cost parking lagi. Bandar Rome ni banyak tempat yang hanya buka utk pejalan kaki. X kira zon ZTL lagi. But it was a great experience for the kids. They enjoyed the train ride. And masa ni lah digunakan untuk sembang2 tengok2 gambar :-)

Sesampai je dekat Rome, kami terus decide mcm mana to explore. Aku throw ideas samada ambil public transport n target satu dua tempat. Atau ambil hop on hop off. Everyone prefer the hop on hop off. Ada banyak pilihan hop on hop off di sekitar Main Termini. Pilih je mana yang ada. Banyak review mana yang best. But kami ambil yg standard dan ok je.


First stop (apparently our only stop) Colleseum. Susah betul nak bergambar Hessa ni. Dah lah tak tentu bila nak ada rezeki ke sini lagi. Ni dia tgh boring n malas bergambar. So dapat lah ibu n daddy je posing.

 

Bila hop on hop off ni... Challenge dia, kita kena tunggu bas sampai dan tunggu bas bergerak. So agak lama jugak spend time kat collesuem for that. Tak masuk pun sebab beratur panjang giler dan very sunny.


Next stop... Mcm boleh berhenti utk ke vatican city. Tapi x de connection ke vatican city sbb it is located out of Italy. Nak ke sana jauh sangat kalau berjalan. So we decided utk view the city from the bus je terus... Dan pilih next stop bila break for lunch nanti. We choose it later.

Di stesen central termini banyak makanan halal. Although mostly mcm south asians but they do serve italian food. So we had pizza and pasta... Seriously yummy.

Lepas makan kitaorg naik semula hop on hop off. Plan nak stop utk ke area Pantheon. My favourite monument. Apart from Trevi Fountain. Ooh aku pernah gi tempat2 ni way back in 2004. So takde lah streaa if x sempat tengok semula. Ooh apparently the afternoon ride, bas lalu jalan lain. X lalu jalan pagi tu... So ended up we decided to enjoy the view again... Hahaha... Rome seriously needed a re-visit insyaAllah. Ibu nak datang lagi some other time. And Hessa so happy with the bus ride... Petang-petang ni tak ramai orang sangat.


While we were on the top deck, we didnt know that mak abah dah bersedih kat bawah. Malang x berbau. Rupanya mak realised beg duit dia kena curi, possibly by the notorious pick pocket. Suspect masa keluar lunch tadi. Banyak jugak yang hilang. So hati dah tak seronok. So decided to go back to main station je. Fikir the next steps. Semua tempat dah x jadi cantik dah masa ni. Runsing.
Kami kembali ke station. Dah petang dah masa tu. Ada sejam lebih masa sebelum train ke Florence. We can choose to lodge police report di Rome. Tanya sana sini... Police station dah pindah, a bit distance to walk. Takut x sempat nak kejar train later. We decided utk tunggu train dan report kat Florence.

We arrived at Florence just almost maghrib. Plan nak buat report. But x sure nak buat mcm mana. But abah called insurance company, they only needed police report then semua akan settle kat Malaysia. Lastly, kami agree only to report esok di Venice. Sebab sana kita ada free day dan byk time nak report.

Malam tu kami relax je. Dinner pun dah siap beli beriani masa kat Termini Station Rome. Makan tu je for dinner. Italy is way much cheapet than Swiss... Dan portion beriani dia banyak. Dan of course Sedap to max... But a bit ralat lah pulak sebab hilang purse tu. Dah takde rezeki.