Monday, November 10, 2014

Hong Kong : Day 1 & Hotel Review

The flight dari Seoul ke Hong Kong was uneventful. Hessa tenang kali ni. Kami pun memang ada sedia pakai ergo. Rasanya sebab flight pagi pkl 10 mcm tu, dia kena bangun awal utk bersiap. Jadi bila flight cruising, dia pun tido. Cumanya tido masih dalam keadaan berdukung.
Tida di Hong Kong tengahhari. Walaupun ada anak dan beg besar, kami naik bas untuk ke hotel. Kami dah book Prudential Hotel. Antara sebab kami pilih hotel ni kerana bas dari airport memang berhenti depan hotel ni. Dan bawah hotel ada mall dan ada station underground exactly bawah ni. How convenient. Pictures below tunjuk gambar bus stop di airport. Agak mudah nak handle beg dan stroller. Ruang tak berapa besar tp ok lah.

Sesampai hotel terus cek in. My first impression. Sebenarnya Hong Kong (the part where the hotel is located) terasa sangat 80s. Bangunan flat lama. Jalan kecik. Color kusam.


Even bilik pun ada feeling the 80s... Patutlah zaman2 dulu movie banyak cakap holiday ke Hong Kong... Maju... But it stays the same sama mcm dulu. Here are the pictures of the room. Walaupun mahal macam std murahan versi Malaysia. Walaupun kecik tp ok lah.
(we actually went to a mansion nearby and ada nampak list of hotel murah2 kat situ. Possibly ok je condition bilik but kena beratur panjang utk naik lif. So perhaps x sesuai bila bawak anak)
After a bit of rest. Kitaorg lapar so cari makanan nearby. Agak mudah sbb banyak iklan makanan halal but mostly indian restaurant. We found one in the mansion where we saw ppl queing up for the hotel. The food was really good. Agak mahal jugak lah but portion besar. Sebab restaurant dekat je dengan hotel, kami balik dulu utk bersiap keluar sekali lagi waktu malam. 
Malam tu kami tuju dulu the harbour, sebelum pukul 8pm kena ada sana untuk tengok lights and sound show. It was spectacular (kalau lah cuaca lebih sejuk lagi best hahaha). Memang cantik. Worth the trip.

Lepas tu, kami ke area Mong Kok untuk ke Ladies Market. Kami takde plan nak shopping, cuma nak tengok-tengok souvenir je lah. Tapi lain yang dicari lain yang jumpa. Masa kami di sana ada riot dan mogok besar-besaran. Kami tahu kawasan admiral tak boleh pergi, tapi rupanya rusuhan besar berlaku area Mong Kok tu pada malam tu. Kawasan agak sesak. Dapat jugak lah tengok dari jauh rusuhan tu. Ada org kena kejar. Polis banyak. Bas disusun berderet blok jalan. Tapi tu sekadar di kawasan rusuhan je - dekat MRT Mong Kok. 


Di Ladies Market yang tak jauh dari situ, ok je. Tenang je...

We ended the day tengok lights around the city.

No comments:

Post a Comment