Thursday, November 13, 2014

Hong Kong : Day 2

Hari ke dua di Hong Kong. Plan utama nya nak makan di kantin islamic center. Situ ada dim sum sedap. Tp dia buka masa lunch. So kami pergi naik the Peak pagi-pagi ni.


Untuk ke the Peak kitaorg ambik ferry untuk seberang sungai (ke laut?) ke pulau satu lagi. Ferry lama ni sangat nostalgic. Terasa sangat zaman collonial. Walaupun ada jambatan merata-rata, bagus Hong Kong ni kekalkan ferry. Plus, on the way ke harbour, kami dapat menikmati pemandangan bandaraya (dalam cuaca panas). Malam semalam tengok suasana malam, ni siang plak.



From the harbour, kami terpaksa ambik teksi. Sebab the nearest MRT agak jauh dan lalu Admiralty area yang tutup piket tu.

Naik the Peak tu agak sesak dan beratur panjang. Itu pun katanya tak ramai sangat sebab kurang pelancong akibat rusuhan pada masa tu. Tapi sangat panas dan berpeluh-peluh la beratur. Baru nak beli tiket. Dan agak kurang maklumat, jadi kami cuma beratur tapi x pasti betul ke tak barisan. Akhirnya sampai ke kaunter beli tiket. sebab cuaca panas dan ramai orang, banyak lah cara kena buat bagi Hessa entertained. She was a ok je. tak lah mengamuk or cranky. Paling boring pun dia tido.
Lepas beli tiket, bersesak pula nak masuk dalam train. Sangat tak organise for a place like Hong Kong ni. Bergerak sikit-sikit sampai la ke depan pintu train. Tp Alhamdulillah, kat dalam train tu teratur. Tak lah berhimpit.
Naik train tu agak menarik. View cantik. Excitement masa train tu berselisih. Track dia agak curam. Agak terasa la kecuraman dia. Plus, train tu dah lama, ada jugak ngeri kalau-kalau berhenti atau ada problem. But all went well.

Kat atas tu cantik. (kalau cuaca sejuk mcm eropah lagi lah cantik). Dapat tengok view seluruh Hong Kong. But that's all it. Rasanya kebanyakan orang yang naik ke atas ni akan makan or minum. Tapi macam takde tempat halal. Dan disebabkan cuaca yang sangat panas dan kami ada baby sorang ni. Tak lama sangat kat atas tu, we decided to go to down. Frankly, naik tempat ni sekali dah lah. It is a good place to go, but if tak cukup time and nak skip. Ok je. Tapi kalau tak ke sini, kat mana lagi nak gi Hong Kong ni.

Lepas dari the Peak kami terus ke Kafetaria Islamic Center. Agak jauh jugak berjalan dari the nearest MRT. But dia sangat dekat dengan Times Square. Excited ya amat. Tapi bila kami sampai rupanya dah nak tutup. Sangat hujung waktu dan dim sum pun dah mostly habis. Kami ambik je semua yang tinggal. Agak kecewa sebab tak properly check the timing. Dia kata akan buka semula petang nanti. But we settle je dengan apa yang ada. The staff kat situ agak accomodative, since kami ada baby. And the taste was so superb although ada tu yang kami tak sure apa benda. Belasah je, makanan halal. Although tak banyak mana, cukup lah untuk kami bertiga.

Lepas lunch, solat, kami ambik masa lama jugak berehat. Lepaskan Hessa merangkak sana sini, baring baring... memang kalau jalan bawak baby ni kena banyak break macam ni. Lepas sejam baru  kami gerak ke area Times Square. Nothing much, look see look see je. Setelah baru balik dari Seoul, Hong Kong macam tak berapa interesting. hahaha.

Ni jejantas towards the longest escalator in the world. Read a lot about how tiny their apartment/flat dan macam mana mahal nya sebuah flat kat Hong Kong. Ni escalator bawak ke area residential flat kat area Central-Mid-Level.

Setelah penat berjalan, kami balik untuk preparation balik esok. Flight pukul 7, jadi kami ambik teksi ke Airport. Tak berapa yakin untuk naik bas seawal 4am. By the way, di Airport Hong Kong ni ada tempat solat :-). No problem for Hessa on the flight. Bila flight awal pagi, dia mostly tido the whole journey.

No comments:

Post a Comment