Monday, June 26, 2017

Selamat Hari Raya 2017

Stop kejap cerita pasal Roadtrip Italy... jom celebrate Raya pulak :-)





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir Batin

Tuesday, June 20, 2017

Italy Roadtrip : Day 6 The longest Driving Day

Hari ni kitaorg travel the furthers. Suspect around 6 hours of driving. Plus 2 stoppage utama. So maybe around at least 10 hours on the road. From Lucerne kami target untuk sampai Genoa utk bermalam.

Kami keluar seawal boleh. Tapi sebab airbnb ni nak kena kemas serba sedikit. Pukul 9 br keluar rumah. Kami hantar kunci ke rumah host dekat situ. Lepas hantar kunci, kami pusing-pusing dulu pekan Emmen, the closest town to the accomodation. Masa tu lah kami nampak ada masjid dan kedai2 halal. Tapi masa tu awal sgt, semua tutup. Tp kalau buka pun xde la nak beli sebab dah nak masuk italy where prices are much cheaper.

Our first main pitstop is the City of Lucerne. The main lake. The most photographed place in Lucerne - Chapel Bridge. Untuk yg drive ke sini, aku rasa the closest parking space adalah di main train station. Parking fee tak lah melampau sangat. But walking distance and in between pun ada some small souvenir shop. Stroller friendly pedestrian walk to thr lucerne chapel bridge.

In front of the station:  
 
 


Kami x sempat nak. Menyinggah sangat. But we spent plenty of time taking pictures and enjoying the cityscape.

The clear water and the swan/duck...


The chappel bridge:




Lepas tu, my target was to see the sleeping lion monument, tp x jumpa parking yg dekat. So we skip... So terus ke Italy.

A smooth journey all the way. Lalu gotthard pass tunnel... Still x blh masuk the pass. We definitely comeback for this insyaAllah.

Bila masuk Italy terasa lain jugak. Tp still on highway. Italy highway besar. Mudah.. Ada toll. Boleh bayar in credit card or cash... So x susah. Xde conductor, tgk amount n bayar je.. Most of the time aku byr cash je.

After 2 hours driving, we stopped at one of the RnRs... Untuk solat dan beli2 snack. It wad decent. Not perfectly clean. But ok lah. Solat atas jalan je.

After that we continue the journey to our second main stop. The reason why we sleep in Genoa adalah nak singgah at the biggest outlet mall in Europe. Seravalle. About 1 hour plus dr Milan. Closer dgn genoa. So... Here we were... Hessa la yg happy, dpt main air pancut.

After almost 3 hours kat situ, we head to Genoa. Masa on the way tu, kami berselisih dengan kereta polis yg sedang kejar kereta depan kereta kami, sebab dia bagi red card. Kena saman kot. Sebab laju. So berhati2 la drive utk elak kena saman, never go above speed limit.

Aku pernah tido diGenoa ni for 5 nights, so aku tau jugak kat mana beli makanan halal. So before kami ke rumah airbnb tu, singgah kejap cari makanan halal. X de pulak kedai aku pernah gi dulu... But that was 13 years ago. Tp ada lah kedai halal lain, aku beli je macam2. Terasa murah sbb lepas balik dr switzerland.

We finally arrived at the airbnb accom almost pkl 10pm. Baik host tu, tunggu dgn penuh sabar. Rumah besar. Dlm kawasan residential kaya2 kot. Merasa masuk rumah2 style org putih. Ada satu meja penuh alcohol drinks... Dia kata enjoy je... Kalau mau. Good host. Dia siap book kan parking free kat area dekat rumah tu. So aku ambik parking dia lepas dia balik rumah dia.

We were too tired that night. Nasib dah beli makanan.. But it was a bit cold that night, mcm xde heater. Rupanya heater dah padam pkl 9.30pm. Mcm tu pulak... Anyway, too tired too argue. Dah lelap x sedar pun sejuk.

Thursday, June 15, 2017

Swiss Roadtrip : Day 5 Old City Berne

Lauterbrunnen ni tak besar mana, by the time we pergi from one end to another, habis lah dalam sejam dua. Lama pun sebab Hessa nak lebih masa kat playground. By the time we drove out from Lauterbrunnen, dah tengahhari. So time untuk cari lunch. We drive through Interlaken, tak jumpa breakfast. So next stop, semua org tak kisah nak ke mana. So since dah drive, lets go to Bern. Masa dulu aku datang ke Swiss, i missed Berne, the capital of switzerland. Nak pergi bandar-bandar lain agak jauh jugak. So Berne here we come.

While driving, kitaorg cari tempat for lunch. One of our base untuk cari halal restaurant is untuk cari masjid untuk solat. Kami jumpa 2 tempat solat Bern Islamic Center dan Masjid As Salam. First kami tuju ke Islamic Center, kami jumpa lokasi dia pusing dua tiga kali cari pintu. Tapi tak tahu macam mana nak ke situ. Tapi kami rasa macam tak boleh masuk sebab dia mcm ada kompleks universiti ke kampus ke. So next we went to Masjid As Salam. Jarak antara dua ni tak jauh mana, less than 10 minutes driving. Yang ni dekat dengan kawasan perumahan. tapi takde signboard. Cuma tengok no rumah dia je. Tapi ada orang dan boleh access. But takde pula restaurant halal kat sekitar tu. So kena lah google mana kedai halal. Cumanya mak mertua ada bercakap dengan sorang org local yang tak tau cakap english. Tapi setakat yang boleh tanya, dia pun tak sure sbb dia makan kat rumah je... so tak membantu. Dia ada bagi cadangan, tapi tu bukan restaurant, but butchery dan jual produce halal je.

So we google dan jumpa lah satu restaurant India. So we headed there, lagi pun dekat je dengan city center. Ada parking space City West dekat dengan restaurant tu, so kami park kat situ dan terus ke restaurant tu. But kami terlupa pula nak cek pukul berapa kedai tu buka. Kami sampai lewat setengah jam, kedai tu dah tutup pukul 2pm. Buka semula pukul 5pm. Gosh.... nak drive semula tak sure nak gi mana. so, we plan to walk to the city center sementara tunggu kedai tu buka. Kalau jalan kaki pun dalam satu km je. Kami ada tanya for direction, especially nak parking kereta. Ada sorang tu cakap, better park je kat tempat kami park tu, and jalan kaki je ke city center. tapi mak abah malas nak jalan, ada satu park around 500 meters dr kedai tu, depa kata depa tunggu situ je.

So here we go, dicover Bern on the foot with 2 kids. 1 stroller.

We managed utk sampai to the city center or the pedestrian area. Tak lah menyeluruh, but hujung-hujung je. Sempat lah tengok the flea market dan beli berries. Lepas tu beli chocolate. Bergambar depan parliament - Bundeshaus. And we managed to get in time balik ke India4u sebelum dia buka.


Giler mahal makanan kat Switzerland ni... walaupun kami sampai ngam-ngam kedai dibuka, tapi chef dia tak sampai lagi. So dia suruh duduk dulu. tengok menu, harga semangkuk beriani RM100 lebih. Untuk 4 orang ni kami order 2 je dengan harapan diaorg ni makan banyak, so boleh lah kongsi. Tapi beli je nasi kosong untuk bebudak. nasib baik ada beli nasi kosong, beriani dia sikit. Sorry, sebab lapar sangat, tak sempat ambil gambar.

Next stop we went to Bear Pit. Berne ni famous for its Bear Pit. Ada kandang Beruang kat tengah-tengah bandar. Tapi tak sure macam mana nak park kereta untuk ke bear pit. I've read orang kata park je kat jalan tepi tu, dan memang kami jumpa parking spot. Tapi lepas park kereta jarak ke Bear Pit tu pun dah jauh sangat. Mak Abah tak nak jalan. Dan budak-budak pun tak berapa faham. So we just hang out at the most nicest place in Berne... view of the city center cantik giler dari tempat ni. A really a must stop!


sebab time dah suntuk dah... dah pukul 7pm lebih. Tapi still ada sunlight. So last stop was Rosegarten. Dr sini boleh tengok bandar Berne especially the horseshoe shape as per map ni. Ni lah unik nya Berne ni.

Apparently, roses tak banyak. But we have a very nice garden yang boleh lepaskan bebudak untuk depa regangkan tangan dan kaki. It was wonderful. Ada small playground yang cantik. Dan kat sini ada public toilet yang bersih dan bg facility untuk mandi. We came at the right timing, tengok sunset from here. Parking tak susah, kena cari kat kawasan residential accross the road. If you got lucky, you will find a closest one near the garden. Kalau parking less than certain hours it is free of charge.

We straight back to Lucerne lepas tu. It was uneventful journey, mostly on highways je. Lagipun dah gelap dah masa tu.








Monday, June 12, 2017

Swiss Roadtrip : Day 5 Lauterbrunnen

One of the highlights of our trip ni. Nak pergi ke Lauterbrunnen. Tempat terkenal dengan air terjun. Cantik ya amat.


Kami bertolak dari ladang tempat tinggal lepas breakfast. Dalam pukul 9am mcm tu. Target terus ke Lauterbrunnen. Cuaca agak kelam pagi tu. Jalan dari lucerne ke interlaken agak berliku-liku. Masuk terowong. Keluar terowong. Masa aku drive tu, memang sgt bersyukur kami x buat keputusan untuk drive awal pagi kr interlaken utk nail train ke jungfraujoch. Otherwise, sakit jugak nak drive jalan tu. X boleh laju. (masih terkenang kan gotthard pass yang tak dapat pergi hari tu).

Hutan kiri kanan biasa2 sebab kawasan berbukit. Sampai lah satu point kami dpt tengok satu pekan ni dari jauh. Cantik ya amat walaupun kelam-kelam je. 
Perjalanan diteruskan.kami tiba di Interlaken dlm 1 jam setengah. First stop, pekan interlaken. Kami asalnya nak cari toilet so masuk la pekan ni. Cantik nya... Especially bila dok tepi tasik ni.

Next, kami menuju ke Lauterbrunnen. Mudah je perjalanan. Cantik pemandangan. Tepi jalan kenkadang ada sungai dan jeram. Tak jauh Lauterbrunnen ni dan x banyak kenderaan sama-sama naik gunung ni. Sesampai je, kami cari parking. Tak susah, byk je parking. Siap boleh pilih2 lagi. 


Lauterbrunnen ni kecil je. Kedai2 sebaris. Boleh bawak stroller. Kawasan dia tak jauh mana. Kalau ada preparation untuk hiking, ada banyak trail untuk hike. Ada banyak lagi waterfall selain yang ada kat bawah ni. Memang small town ni terkenal dengan waterfall sekeliling nya. So kami cuma bergambar kenangan dengan waterfall ni je lah.. Kedai tak banyak buka. Tapi ada cafe yang dah buka, dapat lah pekena kopi dan pastry.

Selain jalan-jalan, kami terjumpa playground. Hessa happy lah dapat main kat playground. Kami je ada kat playground tu.