Monday, October 1, 2018

Russia Day 1 : KUL to Moscow

The day has come for our trip to Russia. The flight was about time maghrib and as aku cakap sebelum, timing flight dia tak berapa best. Kami kena bermalam di Hanoi dulu satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Moscow keesokan tengahhari. We stayed in this cheap hotel, Family Airport Hotel. Decent la... Tapi tetiba dok suite dgn mak ayah, tapi toilet nya tutup pakai langsir je. Kelakar. 
Suasana dalam airport agak relax. Terhibur aku dengan gelagat a group of acik2 ni. Siap pakai seragam... Ingatkan stewardess ke apa... Tak. Travel together je. Dresa pakai baju flag russia. Siap bag pun sedondon.
Vietnam airlines ni not too bad. Dulu aku pernah naik antara Hanoi to HCMC. Dapat sandwich babi, so kali ni kitaorg dah order siap halal food. So here are the 2 meals we had on the plane. Tak ingat plak mana satu dapat dulu.
Lepas lunch, diaorang terus je bagi air 600ml seorang. So tak payah lah korang sibuk2 tekan nak air. Dah lama jugak tak travel with kids of my own. So agak bertenang flight ni. I can sleep whenever i want. Hahahaha... But personal entertainment kat flight ni agak limited, but ok lah... Cukup lah utk aku.

Kami sampai dah petang di Moscow. Cuaca chill but not too cold. Kami ambil teksi menggunakan app Gett. Samada boleh download setelah dapat local sim card atau pun minta bantuan kaunter Gett di arrival hall. Gett ni macam Uber dan Grab la konsepnya. Mudah. In fact, kita boleh je minta car seat - tambah rub 100 per trip for car seat. 

The journey to city center to airport was smooth. The driver was not able to speak in English. Kami pakai translator kalau sibuk la sangat nak sembang. Kalau nak ke hotel, dok senyap je pun boleh sampai. Tahu je driver jalannya. 

Kami tiba dah around pukul 8. Kami stay di hotel kecil kat atas Kazanskyi station. Lokasi nya di depan Leningradskyi station iaitu stesen train untuk Sapsan ke St Petersburg esok. Unik nya di sini, nama station keretapi besar ni berdasarkan bandar yang keretapi ni tuju. So utk ke Kazan duduk Kazanskyi. Nak ke StPeters naik la dari Lenigradskyi - nama lama bandar tu.

Tapi entah macam mana kami tak jumpa pintu masuk hotel tu dari lobby station keretapi. Dah lah setiap kali masuk station nak kena buat beg xray dan body scan. Penat la jugak. Tanya semua orang, takde sapa boleh faham kami. Pusing pusing... Akhirnya jumpa..

Rupanya hotel tu dekat tingkat tiga dan tiada lift. Beg kami 20kg lebih kurang... Agak kepenatan disitu mengangkut beg walaupun ada ramp. Dan kesian mak lena panjat tangga. Reception hotel faham english dan dia buat registration visa kami utk hari tu sahaja. Semua orang dia register. 

As said it was a very simple room. Utk mak ayah aku ambil suite so aku tido dalam bilik mereka. Tapi aku sebenarnya ada je book bunk bed. Tapi malas nak tido situ. Murah je hotel ni. Lepas rehat kejap. Aku dengan adik gi cari makanan halal. Kami jumpa 2 kedai halal dalam stesen tu. Alhamdulillah. Walaupun dah nak tutup, apa yang ada dah cukup. Kami juga pergi ke Leningradskyi station untuk recee jalan supaya mudah bawak barang esok hari. Lagi satu, kami kena redeem tiket sebab sekarang kami ada print out je. Kena ambil tiket betul. Boleh je redeem esok tapi takut terlewat dan beratur panjang. Kaunter ni buka hingga lewat malam - ke 24 jam, tak sure aku.

Lepas tu relax. Esok nak ke St Petersburg. Wow!!! 

No comments:

Post a Comment