Friday, October 12, 2018

Russia Day 3 : SPB - Peterhof Lower Garden

Hari ni adalah one of the highlights of the trip. Tapi cuaca hari ni seperti semalam tidak begitu meyakinkan. Hujan sekali sekala. So gambar agak kelam :(

Hari ni plannya nak pergi ke Peterhof Palace or Summer Palace of Peter the Great. Semalam kami dah winter palace, ni pergi ke summer pulak. Nak ke sini ada 2 cara, samada naik hyderfoil dari jetty dekat Hermitage semalam, atau pun naik public transport - train, bas - teksi. Guna hyderfoil lebih menjimatkan masa, cuma nya harga dia agak mahal, bising, takde view menarik, dan bergantung kepada keadaan cuaca. Semalam kami dah cek, hyderfoil kemungkinan besar tak jalan hari ni. So kami dah decide untuk naik public transport je.

Keunikan Peterhof ni adalah fountain dia. Fountain ni bermula dari jam 11am, jadi kami tak perlu rush awal sangat. Dan kami ada full day today untuk tempat ni. Perjalanan nak ke sini pun agak panjang. Naik metro kemudian sambung naik bas - dalam 2 jam. Kami naik metro dari Vladmirskaya dan tukar kepada bas di Artovo station. Dari rumah ke Vladmirskaya tu dalam 600 meter je. tapi jalan pagi-pagi menarik jugak. masuk-masuk pasar basah. Kat sini banyak jual kebab shawarma, tapi kebanyakan tak halal. Memang makanan depa kebab ni. 

Tu kami first time naik metro. Nak turun dari pintu masuk ke platform tu ada escalator yang sangat lah tinggi. memang scary. Kalau orang gayat mcm my mom, memang dah berdiri tak nak bergerak even nak suruh dia berdiri kat sebelah kanan pun dia tak berani.

Di Artovo, kami kena seberang jalan untuk ambil bas. Tapi kalau ikut google ada jugak option lain selain bas utama. Sesampai di situ ada ramai orang panggil dan bagi tau dia pergi Peterhof. Van-van kecil. dan ada nombor van tu dalam google. Agaknya kami tak fikir panjang sangat, kami setuju naik van tu. Hahaha... memang lah van tu pergi ke Peterhof, dan fungsi van ni macam bas jugak. Berhenti-henti untuk menuju ke suatu tempat dan Peterhof antara stop dia. Agak menyesal dalam van tu. Sebab sempit dan berada dalam keadaan confuse skit. Tak tau mcm mana nak minta berhenti, tak tahu kat mana kami berada. Dan bila satu tempat, ramai pulak askar masuk. rasa kurang selamat. Dah lah hujan, bawak van macam pelesit. Tapi aku berani bagi tau someone sebab kami nak ke Peterhof, dan driver pun take note on us. Bila sampai Peterhof je, driver panggil untuk keluar. Kami pun on google map untuk guide bila nak keluar. Pengalaman menarik tapi tak nak ulang.

Hujan renyai-renyai bila kami sampai Peterhof. Jauh pulak dari pintu masuk nak ke Palace. Kami tak plan nak visit palace sebab semalam dah gi. Kami cuma nak gi ke taman dia je... 

Kat tepi palace tu ada tiket ke taman. Signboard ada, tapi kurang. Kami redah je. Aku gi beli tiket untuk semua orang. Ayah dah nak masuk dulu. Aku kena tunggu mak yang jalan slow-slow. Kami janji jumpa kat dalam.

Lepas dapat tiket, kami pun masuk ke dalam...dan inilah pemandangan taman yang jauh sungguh kami nak sampai ni... it is all worth it.


Dari Wikipedia:
The Grand Cascade and Samson Fountain
The Grand Cascade is modelled on one constructed for Louis XIV at his Château de Marly,[15] which is likewise memorialised in one of the park's outbuildings. At the centre of the cascade is an artificial grotto with two stories, faced inside and out with hewn brown stone. It currently contains a modest museum of the fountains' history. One of the exhibits is a table carrying a bowl of (artificial) fruit, a replica of a similar table built under Peter's direction. There are 64 fountains.[16] Their waters flow into a semicircular pool, the terminus of the fountain-lined Sea Channel. Perhaps the greatest technological achievement of Peterhof is that all of the fountains operate without the use of pumps. Water is supplied from natural springs and collects in reservoirs in the Upper Gardens. The elevation difference creates the pressure that drives most of the fountains of the Lower Gardens, including the Grand Cascade. The Samson Fountain is supplied by a special aqueduct, over 4 km in length, drawing water and pressure from a high-elevation source.

Nak jadi cerita, ayah tak muncul-muncul dalam ramai-ramai orang tu. Hujan pulak kejap lebat kejap slow. My mom dah risau. So aku lah kena cari... pusing sana sini... turun bawah garden pulak. Dok berteduh... setelah lebih 30 minit baru lah jumpa... Alhamdulillah. Rupanya dia dok kat tempat lain. tunggu kami di fountain lain. Lepas jumpa baru lah rajin ambil gambar lagi.


Kami jalan sekitar taman di bawah tu. Hujan masih turun. Cuaca kelam. Ayah cakap, dia duduk kat satu fountain kat bahagian tepi garden. Dekat situ ada toilet. Dia kata, apa lah gitu je fountain nya yang jauh sangat nak datang ni. Dia sebenarnya tak sangka ada fountain gold ni dekat area tengah-tengah. Dah tunggu setengah jam dan kami tak muncul, baru lah dia jalan-jalan dan aku jumpa dia. Ni lah fountain yang dia beriya tunggu kami.
Memang sangat besar garden ni. Kami tak pusing habis, mostly sebab cuaca. Tapi sementara apa yang kami lalu pun, dah boleh jadi sesat. Toilet ada, tapi di hujung-hujung garden. Penat nak sampai.

Bila dah tengahhari, dah lapar, dan nak plan balik. Kami kembali ke entrance/exit. Masa tu langit dah cerah. Aku patah balik ke main fountain dan ambil gambar. So here are more pictures. memang sangat cantik. Worth the whole journey. Berbanding palace yang tak banyak mana aku pergi, this is the best in terms of fountain dan golden statue. Serious!


Kami makan je sandwich bekal. dan agak bersabar menunggu bas yang sesuai untuk kembali ke Artovo. Seterusnya plan untuk ke masjid. Yes, naik bas lebih selesa dan tenang.

No comments:

Post a Comment